Connect with us

Entertainment

Alif Satar Positif Covld-19, Sekali Keputusan Ibu Bapa, Pengurusnya Lagi Mengeejutkan

Published

on

Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar mengesahkan dirinya neg4tif C0vid-19 selepas membuat ujian saringan tersebut pada Sabtu lalu.

Namun dukacita dimaklumkan, ibu bapa serta adik bongsu Alif baru sahaja disahkan positif C0v1id-19 hari ini.

“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat apabila disahkan neg4tif Covi1d-19 oleh pihak hospital.

“Pun begitu, saya masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke 12.

“Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Adlina dihubungi Astro Gempak selepas beliau berkongsi mengenai keputusan Covid-19 di media sosial.

Dimaklumkan, ibu bapa Alif, Hafiza dan Satar Ramli serta adiknya, Jim membuat saringan ujian tersebut pada Sabtu.

Alif kini dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka selepas disahkan negatif Covid-19 pada Ahad.

Menurut pengurusnya lagi, isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, juga bakal menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

“Alif kini menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa symptom atau s4kit.

“Cuma Alif meminta semua mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dilindungi dari jangkitan virus tersebut dan mereka berada dalam keaadan sihat,” katanya.

Alif yang menjalani penggambaran drama Penjara Cinta sejak minggu lalu baru membuat persembahan di sebuah acara pada Jumaat

Jihan Muse Tampil Beri Penjelasan

Dalam pada itu PENGACARA terkenal, Jihan Muse tampil membuat penjelasan menerusi Instagramnya selepas didakwa menjadi kontak rapat kepada bintang serba boleh, Alif Satar, Jumaat lalu.

Bagaimanapun ujar Jihan, program Xtravaganza With Xpander yang disiarkan menerusi platform media sosial Jumaat lalu telah menjalani rakaman dua minggu lebih awal.

“Kepada yang bertanya, saya akan buat penjelasan mengenai Alif Satar. Dengan keadaan Alif sekarang dan kebetulan program Mitsubishi Xpander yang tayang Jumaat lalu, program itu merupakan rakaman yang telah dirakam dua minggu lepas.

“Sebaik mengetahui, saya sudah menghubungi pengurus Alif dan pihak berkenaan, saya difahamkan bukan dalam lingkungan waktu dikaitkan,” jelasnya.

Tambah Jihan, dia akan tetap menjalankan ujian Covid-19 esok dan mendoakan rakannya itu cepat sembuh.

“Kita doakan Alif dan semua cepat sihat. Walau macam mana pun saya akan jalankan tanggungjawab dengan membuat ujian saringan.

“Malam ini kerja (mengacarakan program Gegar Vaganza 7) diteruskan. Saya akan jaga SOP (prosedur operasi standard) semaksimum mungkin.

“Orang disekeliling saya pun memakai penutup muka dan sarung tangan. Doa yang baik-baik, semoga semua berjalan lancar,” ujarnya.

Sumber : http://trendingsangat.pw/ibu-bapa-adik-alif/

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara