Connect with us

Business

Alhamdulillah,Ebit Lew Selamat Pulang Ke Malaysia.Ini Kata Kata Ebit Lew Selepas Tiba Di Klia

Published

on

Terdahulu PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew melu4hkan rasa syukurnya kerana dapat membuka Rumah Kasih Umat di Gaza yang akan menempatkan penduduk-penduduk termasuk kanak-kanak yang kehil4ngan tempat tingg4l dan orang tersayang.

Menurutnya, dia menyewa dua rumah untuk dijadikan rumah kebajikan yang setakat ini menempatkan 10 anak yatim, selain menjadi tempat tingg4l orang sus4h serta tempat bagi mengadakan kelas juga aktiviti kanak-kanak.

“Men4ngis melihat anak-anak ini. Kecil lagi setiap hari hidup dengan peperangan, saya tidur malam disini terfikir risau juga.

“Inikan pula anak-anak ini sepanjang hidvp melalui hidup diuji begini,” tulisnya di media sosial.

Selamat Pulang Ke Tanah Air

Hari ini Ustaz Ebit berkongsi di media sosial yang beliau dan pasukannya telah selamat pulang dengan penerbangan menggunakan Turkish Airlines dan perlu di kuarantin terlebih dahulu

“Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji milik Allah. Terima kasih ya Allah.

Terima kasih semua yang selalu mendoakan yer. Allah sahaja yang membalasnya. Jika ada kebaikan atas yang kami buat berkat doa semua.

Kami sedang menjalani kuarantin di tempat yang ditentukan kkm. Terima kasih DS Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra serta Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.

Terima kasih Turkish Airlines sponsor penerbangan kami. Terima kasih Turkish Airlines selesa sangat dan layanan terbaik. Semoga berkat dan bertambah maju-ebitlew”

Terdahulu Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan, misi kemanusiaan Ebit dan delegasinya itu berjalan dengan lancar dan sentiasa memberikan perkembangan tentang misi tersebut.

“Saya memang berkomunikasi dengan Ustaz Ebit setiap hari bagi mem4ntau perkembangan misi tersebut.

“Misi beliau berjalan dengan lancar dan beliau turut membantu kita untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi di sana.

“Jadi kita pantau secara dekat, dan saya percaya beliau bersama delegasi selamat dan akan pulang dalam masa terdekat,” ujarnya dalam satu perkongsian di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, segala maklumat yang diterima mengenai misi tersebut akan dikongsi kepada umum dari semasa ke semasa.

Hishammuddin dalam satu sidang media secara atas talian selepas pelancaran kempen Humanitarian Aid Fundraising From Malaysia, For Palestin juga memaklumkan pihaknya sempat bertanya maklum balas daripada delegasi berkenaan mengenai b4ntuan yang benar-benar diperlukan oleh rakyat Palestin ketika ini.

“Sebab itu gerakan-gerakan yang ikhlas dan tidak ada kepentingan lain, usaha sebegini Kementerian Luar Negeri tak teragak-agak untuk terus membantu,” jelasnya.

Ebit sebelum ini dilapor berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Isr4el.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata pend4kwah berkenaan ke Mesir untuk misi berkenaan bermula 25 hingga 30 Mei

Sumber:http://www.awatttsyeikhh.com/

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara