Connect with us

Entertainment

Alhamdulillah,Rozita Che Wan nak bagi sumbangan kepada yang memerlukan

Published

on

Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta terpanggil untuk membantu golongan memerlukan dan terk3san sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Hajatnya untuk menyalurkan bantuan itu disuarakan di Instagram miliknya dengan meminta sesiapa sahaja yang benar-benar memerlukan bantuan bolehlah memberi butiran di ruangan komen.

“Insya-Allah saya juga terpanggil untuk menyalurkan bantuan di saat ramai berdepan kegetiran hidup saat ini. Kita sama sama bantu apa adanya. Moga ini menjadi asbab terbaik untuk terus membantu dan atas paksi kemanusian.

“Dengan rendah hati, jika ada yang benar benar memerlukan bantuan.. blh komen dan tinggalkan butiran nama, alamat, kad pengenalan dan no ac bank”, katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)


Menurut Che Ta, pengikutnya yang berkemampuan juga boleh turut sama menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Mungkin ada follower2 saya yg berkemampuan dan baik hati dapat jugak membantu anda yg memerlukan.” tambahnya lagi.

Terdahulu, beberapa selebriti telah membuat pengumuman di Instagram masing-masing untuk membantu golongan yang memerlukan antaranya Dato’ Fizz Fairuz dan Elizabeth Tan.

Kredit ig:rozitachewan1

Pengacara dan ahli perniagaan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor juga antara selebriti yang giat menyumbang dalam membantu golongan terjejas dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).

Syukur, disaat getir ini masih ramai yang prihatin dan bermurah hati ingin membantu sesama insan.

Sumber:https://bm.cari.com.my/

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara