Connect with us

Entertainment

“Alhamdulillah, Fazura kini Sudah Bertudung “- Fattah Amin

Published

on

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, itu saja saya boleh cakap,”.

Itu reaksi pelakon dan penyanyi, Fattah Amin ketika mengulas pertanyaan mengenai penampilan isterinya, Fazura yang kini sudah mula berhijab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)


Menurut pelakon Hero Seorang Cinderella itu, berkata, dia bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan.

“Alhamdulillah, dia pun sudah bertudung, memang itulah doa saya selama ini. Sebagai seorang suami mestilah suka tengok penampilan muslimah dia,” katanya sambil tersenyum tanda gembira.

Fattah berkata demikian ketika sesi pelancaran single ketuhanan terbaharu yang berjudul Hamba, kolaborasi bersama komposer Hafiz Hamidun dan penampilan penyanyi rap, Kmy Kmo secara maya bersama media, petang tadi.

Sementara itu bercakap mengenai karakter seorang bapa kepada cahaya mata Nur Fatima Aisya, pelakon itu berkongsi, apabila anaknya meragam sedikit saja Fattah akan cepat-cepat melihat keadaan puteri kesayangannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)


“Saya dan Faz tidak boleh atau pantang dengar Fatima macam nak men4ngis atau pun bersuara sikit. Kami risau mungkin ada yang tidak kena. Saya boleh cakap masa kini lebih banyak diluangkan bersama Fatima.

“InsyaAllah bila C0vid-19 sudah tiada, nak bawa Fatima jalan-jalan ke Zoo sebab sekarang ini saya rajin bacakan dia buku-buku haiwan saja,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Fazura (@fattzuralovelife)

Sumber:utusan
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara