Connect with us

Entertainment

Alhamdulillah!!, Dr Noor Hisham Sendiri Meluangkan Masa Sunt1k Vaks1n

Published

on

Dr Noor Hisham meluangkan masa menjadi vaksinator kepada penduduk Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Putrajaya: Kesibukan dalam menjalankan tugas harian mengawal penularan C0vid-19 di negara ini tidak menghal4ng Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melu4ngkan masa menjadi vaksin4tor dengan memberikan sunt1kan vaks1n kepada penduduk Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Menerusi perkongsian gambar di laman Facebooknya semalam, Dr Noor Hisham dilihat menunjukkan picagari sebelum menyunt1k beberapa individu yang hadir di Pusat Pemberian Vaks1n Bergerak (PPVB) kendalian H0spital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Katanya, PPVB Seri Menanti itu diwujudkan khas bagi penduduk Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi mempercepatkan pemberian vaks1n di kawasan berkenaan.

Foto fb:Noor Hisham Abdullah

Menurutnya, program PPVB Seri Menanti di bawah Program Imunisasi C0vid-19 Kebangsaan (PICK) itu sudah bermula sejak Isnin lalu hingga esok dan menyasarkan 80 peratus penduduk atau 2,500 individu akan diberikan sunt1kan vaks1n bagi dos pertama.

“PPVB sebegini bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar untuk mendapatkan vaks1n terutamanya bagi mereka yang masih belum mendaftar untuk vaksinasi di bawah PICK atau belum menerima tarikh temujanji melalui aplikasi MySejahtera.

“Sehingga 28 Julai, seramai 1,728 penduduk di sekitar Seri Menanti sudah divaks1nasi melalui dua kaedah penyampaian iaitu pusat pemberian vaks1n satelit di Seri Menanti Resort bagi individu yang stabil.

“Dan kaedah kedua ialah menerusi lawatan rumah ke rumah dalam kawasan Seri Menanti bagi pesak1t yang terlantar di rumah atau warga emas, orang kelainan up4ya (0KU) yang tiada kemampuan fizikal atau mental untuk hadir ke PPV,” katanya.

Foto fb:Noor Hisham Abdullah

Dr Noor Hisham berkata, program berkenaan turut mendapat kerjasama HCTM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Pemberian Vaks1n Institut Pengajian Tinggi, Pasukan Petugas Khas Imunisasi C0vid-19 (CITF) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, bantuan turut diberikan oleh Pejabat Daerah Kuala Pilah, pihak berkuasa tempatan, pemimpin masyarakat tempatan, ketua kampung, P0lis Diraja Malaysia dan beberapa agensi berkaitan.

Foto fb:Noor Hisham Abdullah

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada kesemua sukarelawan, petugas dan pemimpin masyarakat tempatan yang memberikan kerjasama baik dalam menjayakan program ini.

“Penghargaan khusus diberikan kepada pihak Seri Menanti Resort yang membenarkan penggunaan fasiliti hotel sepanjang program secara percuma.

“Bagi mengatasi cabaran liputan internet yang terhad di kawasan luar bandar pula, sebuah syarikat telco swasta sudi menyediakan perkhidmatan internet demi kelancaran pengoperasian PPVB ini tanpa sebarang caj.

“Semoga segala usaha ini akan dapat membantu negara dalam mencapai sasaran liputan imunisasi kelompok dengan secepat mungkin,” katanya.

 

Sumber:Noor Hisham Abdulla via Hmetro

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara