PETALING JAYA : Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri meneruskan aksi cemerlang pada separuh akhir sekali gus layak ke final acara tiga meter (m) papan anjal individu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, esok.

Dhabitah,22, yang setiap kali menghabiskan terjunan dengan senyuman manis berjaya manamatkan saingan dikedudukan keenam daripada 18 penerjun dengan meraih kutipan 312.60 mata selepas melengkapkan lima terjunan.

Keputusan itu menyaksikan dia menyertai 12 penerjun lain mara di peringkat perebutan pingat.

Terjunan Dhabitah nyata lebih baik hari ini, apabila mengatasi markah 291.60 mata yang diperolehinya pada aksi kelayakan, semalam.

Sementara itu pemenang pingat emas Rio 2016, Shi Tingmao berpeluang mengekalkan kejuaraannya selepas mengungguli peringkat separuh akhir dengan mengumpul 371.47 mata.

Sumber:UTUSAN ONLINE

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Previous article[VIDEO] Netizen Tercuit Hati Lihat Oyen kena T4ngkap, “Tolong… Saya Ada Bini 4”
Next article“Bukan Sebab TMJ Anak Raja..” – Hairuddin Omar Luah sik4p TMJ, Benda Lama Pun Masih Di Ingatan..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here