“Aku lagi pening bila…”-Telatah seorang lelaki yang suka bebel terus dicop perempuan buat semua terhibur

Menerusi satu klip yang berdurasi beberapa saat itu, tular di aplikasi Tiktok mengenai seorang pemuda yang bercakap laju buat semua terkejut kerana kelajuan beliau dicampur dengan loghat utara. Percakapan beliau mendapat perhatian netizen dan mereka menyangkakan beliau merupakan seorang penyayi “rap” dan ada segelintir mengatakan bahawa bebelan beliau seperti perempuan..

Difahamkan melalui video tersebut beliau ingin menceritakan tentang orang ramai yang sering berkata perihal yang tidak baik walaupun seseorang itu tidak peduli akan mereka.Namun cara penyampaian beliau membuatkan semua teruja kerana beliau mengungkapkan setiap bait perkataan tersebut menggunnakan loghat aslinya iaitu loghat utara dan bercakap dengan sangat laju..

Video penuh boleh disaksikan di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Pelbagai komen diberikan seperti:

@ikimal:Kita tak kata kat depa,depa dk kata kat kito,camna kalau kita tak kata kat depa,depa dk buat mcm kita kata kat depa.Tpi kita tak kata kat depa,depa la

@Shagudgirl.:rapper terbaik di malaysia

@Nurhafatin arisya:aku dergar pon sesat nafas hadirr dari Thailand

@nnajmiencem._:50 perkataan dlm 15 saat

@Hyesoo._ twins5:bunyi helikopter siak HAHHA

@4SR4F_4C4P➴͜͡T.E:aku ulang² byk kali biaq mulut dia lenguh

@raffiehamid:aku tgah tgok flash ni..hang ni species Flash jugak ka

@nurul hannah:Aku ingatkn tertekan button speed 2.0 tdi

Riak muka beliau yang sangat bersahaja ketika bercakap membuatkan semua ketawa kerana seperti beliau cuma hanya berlawak jenaka dengan para netizen. Pada akhirnya, rakan beliau yang merakam ketika beliau bercakap menyatakan bahawa beliau tidak faham akan kenyataan yang diberikan kerana percakapan yang terlalu laju..

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber di Instagram dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*