Connect with us

Entertainment

Aiman Hakim Dikec4m Gara2 Tayang Aurat Isteri

Published

on

Pelakon Aiman Hakim Ridza mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi sekeping foto isterinya, aktres Zahirah MacWilson yang sedang sarat ham1il.

Menerusi laman sosial Instagram, Aiman memuat naik sekeping foto Zahirah sedang berdiri menikmati cahaya matahari di tepi pantai.

“Dalam masa satu saat, matahari kita mampu menghasilkan tenaga yang cukup untuk keperluan seluruh isi alam untuk 500,000 tahun, tetapi tidak terbanding dengan tenaga kegembiraan untuk setiap saat yang tinggal sebelum kami melihat awak,” tulis Aiman sebagai kapsyen

Menerusi foto tersebut, Zahirah mengenakan singlet, seluar pendek lengkap bertopi dan berkasut sukan seperti sedang beriadah.

Namun, sosok tubuhnya yang sedang sarat itu membuatkan ramai netizen prihatin dan memberikan nasihat pada aurat yang terdedah kepada tatapan umum itu.

“Sebenarnya tak bagus bila awak sebagai suami berkongsi foto isteri macam ni,” tegur seorang wargamaya.

“Rasa tak payah la duk tayang aurat isteri,” kata seorang wargamaya.

“Beranak tu umpama bert4rung ny4wa. Banyakkan la beristigfar. Jangan la tayang aurat bini,” komen seorang wargamaya lagi.

“Aiman, privasikan gambar tu,” pesan seorang wargamaya lagi.

Ramai juga wargamaya yang mengambil kesempatan meninggalkan komen yang positif agar proses bersalin Zahirah kelak dipermudahkan.

Malah, ada yang sudah tidak sabar untuk menatap wajah comel anak sulung pasangan bahagia ini yang masih dirahsiakan jantinanya.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 60,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Hujung Oktober lalu, Aiman dan Zahirah terbang pulang ke Perth, Australia bagi melahirkan anak sulung mereka di sana.

Sekadar info, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : GEMPAK

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara