Dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat, baru-baru ini YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mencemar duli bersantap di sebuah kedai roti tempayan di Pekan Pahang.
Baginda yang ketika itu dalam perjalanan ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Sungai Soi, sempat berhenti di kedai itu untuk menikmati santapan roti tempayan.
Tak kisah makan kedai tepi jalan
Menerusi muat naik di Instagram Istana Negara, memaparkan beberapa foto baginda, kelihatan berselera menjamah makanan di kedai tepi jalan, sambil dikelilingi para pelanggan yang lain.
Untung dapat makan sama agong
Mengetepikan protokol, aksi bersahaja Seri Paduka baginda telah menarik perhatian ramai, rata-ratanya menyifatkan baginda seorang sultan yang berjiwa rakyat.
Berdebor agong datang makan sekali
Rendah diri dan berjiwa rakyat
Tabik spring dekat agong
Bertuah rasanya menjadi rakyat Malaysia, mempunyai agong yang sangat ‘sempoi’, membuatkan rakyat berasa dekat dengan baginda.\
Sumber: Ohmymedia.cc
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.