Connect with us

Viral

“Bongok laa, Mesti Paksa Wawa..” – Prkongsian Aeril Zafril Curi Tumpuan Rmai

Published

on

“Sejak pkp ni kena solat sorang2 je, sebab wawa balik sabah haritu. Sampai sekarang tak boleh rentas negeri lagi. Ya allah bila nak habis pandemik ni??” – Kapsyen Aeril Zafril menerusi halaman Instagram nya.

Terdahulu pasangan selebriti ini sering menjadi tumpuan peminat peminat drama terutamanya. Difahamkan sebelum ini Wawa Zainal pernah berkata pada Aeril yang dirinya tidak meminati Aeril pada awal perkenalan. Namun, siapa sangka jodoh kan? Min rimbabara disini mendoakan kesejahteraan pada Aeril Zafril sekeluarga agar sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.

Entri terbaru yang dikongsi oleh Aeril:

Jom Lihat Video Dibawah:

Apa kata netizen?

“aku pun jem , aku macam , otak aku jatuh , aku nak kutip , hilang!!! hilang otak tu”

Sedutan artikel mstar yang terdahulu:

Macam tak percaya Wawa Zainal pernah menyesal kahwin dengan Aeril Zafrel – “Kami bergaduh, saya cakap… aku tak nak dekat kau!”

“Ketika itu saya tengah popular dan berada di puncak… apabila saya berkahwin dengan dia, rasa macam… eh menyesalnya aku kahwin dengan kau! Tak dapat semua yang aku nak, tak hidup mewah dan kahwin pun atas dasar cinta itu buta.

“Ingat lagi waktu saya free hair selepas berkahwin… dia kata saya tak boleh keluar rumah kalau tak pakai tudung. Permulaan itu memang susah tapi lama-lama saya reda sebab tutup aurat itu wajib.

“Kalau dia tak sabar… mungkin saya dengan dia dah tak ada. Tapi disebabkan kesabaran dia, saya rasa semakin hari semakin kagum dengan sikap dia yang berjaya pimpin saya.

“Ketika zaman bujang, saya selalu berdoa kepada Allah supaya dipertemukan dengan seseorang yang boleh pimpin saya ke syurga dan perbetulkan solat saya. Alhamdulillah… saya bertemu dengan dia,” kata Wawa.

“Apabila saya balik rumah, tengok dia dah tak ada. Ketika itu baharu saya sedar selama ini, mulut saya kata boleh hidup tanpa dia… tapi apabila dia hilang daripada pandangan saya, dunia saya terus menjadi gelap.

“Saya sedar tak boleh hidup tanpa dia… waktu itu, saya berubah 360 darjah. Saya jadi isteri yang baik untuk dia. Kehidupan kami pun berubah sedikit demi sedikit. Daripada hidup susah, rezeki datang tanpa diduga.

“Kadang-kadang terkejut juga kami boleh sampai ke tahap sekarang disebabkan saya ubah sikap itu. Kami perbaiki hubungan suami isteri dan dengan Allah. Alhamdulillah, sebab itu kami ada semuanya hari ini,” ujarnya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja ya.

Sumber: mstar & IG Aeril Zafril

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara