“Aduh Salah ‘Event’ Ni, ‘Anime Fest’ Dah Lepas Dato…” -Ramai Terhibur Dengan Fesyen DSV Disamakan Dengan Animasi “Dragon Ball”

Dato’ Sri Hasmiza Binti Othman atau dikenali sebagai Dato’Sri Vida (DSV) merupakan seorang usahawan Malaysia. Beliau dilahirkan pada 24 Oktober tahun 1971, berasal dari Machang, Kelantan. DSV telah menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri yang dianugerahkan oleh Tengku Mahkota Pahang ketika itu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober tahun 2014.

Pada 14 Julai 2017, Dato’ Sri Vida telah melancarkan single sulungnya yang berjudul ‘I Am Me’ yang digubah dan dikarang oleh Edry Abdul Halim daripada KRU. Video muzik lagu tersebut mula tular di internet dengan mencapai lebih daripada 50,000 tontonan selepas dimuat naik ke aplikasi Youtube dalam tempoh masa dua hari.

Video klip ini telah disiarkan di akaun Tiktok nya sendiri, dimana beliau membuat persiapan untuk ke Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021). Beliau mengatakan persiapan beliau untuk solek 30 minit, persiapan pakaiannya dalam masa 1 jam, dan persiapan tudung untuk membuat tocang dibantu juga oleh penolongnya dalam masa 30 minit. Namun, netizen menggelarkan dirinya dalam satu animasi jepun iaitu ‘Dragon Ball’.

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@jjjjjjjjjj:org gi situ cantik2 dia sambut Halloween pulak

@abg long oyen:ini lawan sun Goku lah

@Puan Latte:hahahahaha… ptt cam pnh tgok… zaman goku punya inspirasi

@permataintan95:sesuai ats kepala tu..patut mcm pernah tgk tp lupa dimana…

@Ly.:hahahaha aku tokdea mikir dengan netizen ni. lucu sungguh nah hahahahha

@Baby_aeyieen:Ptt laa ak pnh tngok.. rupe nye majin buu, nk gi lwan dngn goku ke

Netizen turut memberi komen tentang pakaiannya di AME2021 itu, mengatakan fesyen beliau membuatkan orang ramai terhibur dengan gelaran itu, dan telah menjadi bahan lawak diruangan komen. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 466.0K penonton, 20.9K sukaan dan 570 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*