Connect with us

Entertainment

Adik Minta, Tapi Tak Sempat Merasa! Kakak Anggap Sedekah Rezeki Pengantin PKPB Lain

Published

on

RAMAI pasangan berdepan situasi sukar tahun ini apabila majlis kahwin yang dirancang tidak berlangsung seperti yang diimpikan.

Ada yang memilih alternatif berkahwin di pejabat agama, namun ia sekadar akad nikah biasa tanpa majlis kenduri besar-besaran yang melibatkan pelamin dan sebagainya.

Terbaharu, seorang perancang perkahwinan bertindak menaja set pelamin dan ruang akad nikah di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Kuala Lumpur khusus untuk mereka yang mendirikan rumah tangga sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Noor Hidayah Noordin, 30, idea itu tercetus apabila upacara akad nikah adiknya turut dilangsungkan di pejabat itu pada 30 Oktober lalu.

“Adik saya tanya, boleh ke letak pelamin untuk dia di pejabat Jawi? Jadi saya ringan mulut tanya pihak Jawi.

“Saya pun dah terbiasa bekerjasama dengan mereka. Ada pegawai Jawi yang pernah nikahkan pasangan di dewan milik saya.

Dya berpengalaman selama tujuh tahun sebagai perancang perkahwinan.

“Saya kata nak pasang untuk adik dan tinggalkan terus untuk kegunaan pengantin lain. Mereka terkejut dengan offer saya. Akhirnya pelamin dipasang pada Ahad lalu,” ujarnya.

Mesra disapa Dya, dia berkata, proses pemasangan itu perlu melalui beberapa fasa kelulusan, menyebabkan adiknya sendiri tidak sempat merasa pelamin yang dipasang di lokasi berkenaan.

Namun katanya, dia sama sekali tidak kisah, malah menyifatkan pemberian itu sebagai satu sedekah khususnya buat pasangan pengantin PKPB.

Janganlah sedih atas situasi pandemik. Ada banyak hikmah sebenarnya.

DYA

“Masa adik saya nikah tak sempat lagi pasang pelamin tu. Bila dah lulus baru saya datang pasang. So terlewat sikit, adik tak sempat merasa.

“Niat saya memang nak tinggalkan terus untuk pihak Jawi, untuk kegunaan pengantin lain lepas ni.

“Setahu saya memang ramai yang nikah di pejabat Jawi. Bolehlah ambil syarat untuk bergambar atas pelamin lepas akad nikah.

Transformasi sebelum dan selepas.

“Kos keseluruhan yang saya buat tu dalam RM1,200 je. Ruang itu pun sebenarnya memang dah ada dekorasi sebelum ni. Cuma saya buat dekorasi baharu kali ni,” ujarnya lagi.

Kata Dya, dia sememangnya sering berurusan dengan ramai pengantin sekali gus memahami perasaan mereka tatkala pand3mik mel4nda.

“Saya ni ramai client bakal pengantin. Bila berlaku pand3mik, saya dengar banyak rintihan.

“Saya cuba selesaikan dan bagi semampu mungkin. Harap amal sedikit ini mampu beri manfaat kepada semua.

Adik Dya dan pasangannya yang dinikahkan pada 30 Oktober lalu.

“Janganlah sed1h atas situasi pand3mik. Ada banyak hikmah sebenarnya. Duit jimat, nikah pun dapat selesaikan yang wajib dahulu.

“Nanti ada rezeki boleh buat majlis lain. Sekarang kita jaga kita,” ujarnya yang berharap C0v1d-19 berakhir segera.

Dalam pada itu, laman Facebook rasmi Jawi turut berkongsi foto-foto pelamin yang ditaja oleh Dya.

Memiliki tujuh tahun pengalaman dalam bidang itu, Dya juga mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan kimia.

Tambah Dya lagi, dia tidak sangka pelamin untuk Jawi yang ditaja pihaknya menjadi tular.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara