Pelawak dan penyanyi, Achey Bocey, 35, mengakui sudah pun menjual lima motosikal dan satu basikal kesayangannya sebagai alternatif untuk mengumpul sumber kewangan tambahan.
Ia juga susulan dugaan menimpa Achey apabila ibunya, Ngaisah Hassan, 70, disahkan mengalami mas4lah kesihatan dan memerlukan rawatan lanjut.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah ketika dihubungi berkata, dia tidak pernah berguarau ketika meluahkan hasrat hendak menjual motosikal dan apa saja barangan kesayangannya yang ada.
Kredit foto: IG
“Bagaimanapun, syukur alhamdulillah kerana setakat ini saya sebenarnya sudah berjaya menjual lima motosikal, sebuah basikal dan juga helmet.
“Insya-Allah, pada minggu hadapan saya akan jual motor lagi terutama jenis motorsikal lasak yang banyak saya buat sewa di Segamat ini. Saya akan jual satu persatu untuk menampung perbelanjaan rawatan emak dan juga keperluan keluarga saya sendiri,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Achey, kebanyakan pembeli berminat akan mengirim mesej (DM) kepadanya di Instagram.
View this post on Instagram
“Bagi sesiapa yang berminat nak beli motosikal itu, saya akan kirim gambar pada mereka dulu. Malah, saya juga akan kemaskini dari masa ke semasa apabila nak jual sebab itu maksudnya saya berada dalam keadaan memerlukan.
“Apapun, keadaan kewangan yang saya ada masih lagi terkawal. Cuma, tak tahulah sampai bila akan dapat bertahan. Jadi, saya buat jualan motosikal untuk mendapatkan pendapatan sampingan tambahan, sebelum keadaan menjadi tenat.
“Ditambah pula, ada juga kawan-kawan yang berminat nak beli termasuk sukarela membantu. Jadi, saya anggap ia rezeki. Tapi, segala sumbangan untuk rawatan emak memang saya serahkan semua kepadanya,” katanya.
Ditanya juga mengenai keputusan pemeriksaan kesihat4n ibunya, Achey berkata dia bersyukur kerana tidak membabitkan peny4kit k4nser.
View this post on Instagram
“Mak tahu mengenai peny4kitnya itu dan kami adik-beradik tidak merahsiakan pun. Pada kami, mak berhak tahu apa peny4kit yang dihidapinya dan alhamdillah, keadaan kesihatan mak sekarang stabil.
“Kakak dan adik-beradik saya yang lain menjaga mak dengan baik. Setiap hari di rumah, kakak akan ambil catatat bacaan gula, d4rah dan sunt1kan insulin untuk mak. Tapi, berat badan mak susut dan dia agak kurus ,” katanya.
Pada 14 Jun lalu, Achey berkongsi berita sedih mengenai keadaan kesihatan ibunya yang sakit dan dimasukkan ke Hospital Pakar Putra Batu Pahat, sebelum kemudiannya dirujuk ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru untuk pemeriksaan lanjut.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose
Sumber: Harian Metro via CARI