Connect with us

Viral

“Sembah Lah Aku…”- PU Syed Tegur Tapi Respon Iqram Dinzly mmg pedas

Published

on

Pelakon Iqram Dinzly sekali lagi ‘buat hal’ apabila terbaharu didakwa telah cuba memesongkan akidah anak muda dalam agama Islam.

Menerusi aplikasi Bigo Live bersama seorang remaja, Iqram dengan mengenakan solekan yang mengerunkan pada wajahnya itu cuba ditegur.

Remaja berkenaan cuba untuk mengingatkan Iqram tentang Tuhan, namun, pelakon lelaki itu bercakap kenyataan yang boleh memesongkan akidahnya.

Malah setiap peringatan dari remaja tersebut Iqram hanya respon dengan ayat “Sembahlah aku. Jadi sembahlah aku…”. Malah, aksi dan mimik muka Iqram ketika itu juga kelihatan mengerikan.

Klip tersebut bagaimanapun telah mendapat respon dan teguran daripada Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi akaun Instagram miliknya.

PU Syed mengingatkan agar anak muda atau pengguna media sosial yang lain supaya tidak layan sekiranya pelakon itu buat Live. Ini kerana bimbang akan terpesong akidah dan tidak mendapat sebarang manfaat dari interaksi sedemikian.

Tambahan pula, pada pandangan PU Syed, pelakon lelaki itu perlukan rawatan dari segi kerohanian dan akidah kerana khuatir akan tersimpang lebih jauh.

“Dia perlu bawa untuk dapatkan rawatan..kalau benar dia sakit..tapi kalau dibuat dalam keadaan dia sedar..perlu diambil tindakan undang-undang kerana telah merosakkan akidah diri dan umat Islam yg lain,” tulisnya.

PU Syed bagaimanapun telah mendapat respon dan maklum balas sendiri dari Iqram sendiri yang berang dan tak bersetuju dengan komen pendakwah tersebut, malah mahu membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Sementara itu PU Syed terbaharu di laman sosialnya akui tidak takut dengan segala ugutan kerana percaya apa yang ditegur itu betul.

“Ambe(saya) tak takut jika benda yang ambe tegur itu adalah benda yang betul dan salah di sisi agama..ambe tak ada masa untuk melayan seseorang yang bermain dengan akidah Islam utk kepuasan diri dan nafsunya..,” katanya.

Untuk rekod, ini bukan pertama kali Iqram melakukan perkara yang aneh dan menimbulkan kontroversi.

Jom Lihat apa kata netizen:

“Allahu akbar. Bakpo jadi lagu ni, terima kasih Ustaz istiqamah menasihat.”

“Setuju ustaz. Tak perlu layan. Ini kalau dah ada request live, join live sampai beribu² hmm. Haritu saya try join, tengok ada hampir 2 ribu orng sedang menonton live dia setiap hari sambil komen².. Lagi suka la dia bila ada yg melayan”

“Saya setuju dengan ustaz. Beliau perlukan rawatan dgn segera. Takut mental dah problem atau ada lain yang merasuki. Sbb terlalu meratap ayah dia pergi. Tak boleh terima qada dan qadar allah. Wallahualam.”

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG PU Syed

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara