Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat kini dilihat bahagia melayari bahtera perkahwinan disamping suami tercinta yang juga merupakan pengacara, Nabil Mahir.

Malah, pasangan ini juga kini difahamkan sedang menghitung hari menunggu detik kelahiran cahaya mata sulung.

Terbaru, seorang pengguna Twitter dilihat ada mempersoalkan mengenai usia kandungn Ayda ketika ini.

Jelas individu berkenaan, dia merasakan Ayda seperti baru sahaja berkahwin dan dia juga tidak menyangka bintang tersebut akan hamil secepat ini.

sdsds

“Aku rasa mcm Ayda Jebat baru je kahwin tapi tiba-tiba ngandung dah ke, sebenarnya dia dah lama kahwin aku je tak perasan?,” soal individu berkenaan.

Menjawab persoalan tersebut, Ayda memaklumkan dia kini sudah pun berkahwin lebih daripada enam bulan manakala usia kandungannya pula baru sahaja mencecah lima bulan dua minggu.

11 2

Dikesempatan itu juga, Ayda turut mencadangkan agar individu tersebut membuat pengiraannya semula dengan betul.

“Nikah 1.1.2021. Today 12nd June 2021, Now 5 months 2 weeks pregnant. ‘tiba-tiba ngandung’? Please do your calculation. Wkwkwk,” balasnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu, Parah ini turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan kepada mereka.

“Bila lambat kahwin ‘Bila nak kahwin?’. Bila kahwin muda ‘Dah gatal sangat ke?’.
Bila pregnant cepat ‘Eh tetiba pregnant? Betul ke pregnant, cepat eh?’

“Bila lambat dapat zuriat ‘Bila nak pregnant?’. Syukur, cermin dan lalui kehidupan sendiri,” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan cahaya mata merupakan rezeki yang telah pun ditetapkan oleh Allah SWT.

“Congrats! Itu bukan tetiba mengandung itu rezeki. Ada orang kata bunting pelamin. Not possible, ada orang lagi awal. Ahak, love u Ayda.

“Betul tu Kak Ayda, and for girls, kira kandungan start from 1st day last period kita ye.

“Netizen ni mengalahkan makcik bawang ergh,” antara komen-komen netizen di laman Twitter.

Terdahulu, Ayda dan Nabil telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 Januari 2021 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Jom Lihat apa kata netizen:

“Anak tu rezeki. Dah sampai rezeki nya Allah bagi anak cepat, biarlah. Susah betul la jenis manusia nak take over kerja Tuhan ni.”

“Jgn fitnah,saya dulu nikah bulan 4,bulan 6 buat majlis sanding bby dlm perut dh sebulan..xsempat nak bulan madu kat cameron dah mabuk”

“Aku nikah bln 12 bln 1 dah preg bln 9 dah bsalin…apa yg pelik? Fhm istilah bunting pelamin x…xyah nk tentukn kelahiran ank org…nt bila dah lahir masa buat pendaftaran jpn akn calculation semula sah atau x ..apa nk risau,peduli apa org kata…”

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter Ayda Jebat

Previous article“Ayah tak mengharapkan saya jadi pelakon..” – Yah Kuchai pelayan restoran, anak pemandu bas kilang
Next articleBaru Brsalin Dan Balik Rumah, Sekali Perasan Rupanya Bayi Tertukar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here