Connect with us

Entertainment

4 Hal Terjadi

Published

on

Semalam, penyanyi nombor satu tanah air Dato Sri Siti Nurhaliza telah memilih tarikh 1 Disember 2020 itu sebagai tarikh yang cukup bermakna buat dirinya dan keluarga apabila dia mengesahkan mengenai berita kehami1lan keduanya yang sudah menjengah usia 4 bulan.

Tunggu Masa Sesuai 

Menerusi artikel Murai.my terdahulu, peminat seperti sudah dapat menjangka pelantun 7 Nasihat ini sedang ham1il apatah lagi membuat keputusan untuk berehat daripada kebanyakan acara hiburan. Jelas Siti,dia tidak berniat untuk merahsiakan kehamilannya kerana dia ingin menunggu masa sesuai untuk mengumumkan berita gembira kepada orang ramai.

4 Yang Menarik Di Sebalik Pengumuman Kehamilan Kedua Siti Nurhaliza

Sama seperti ketika menghamilkan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid beberapa tahun dahulu, pengumuman Siti kali ini turut mencuri perhatian dan dalam masa yang sama mendapat beberapa perkhabaran istimewa. Berikut Murai.my tampilkan sisipan 4 yang menarik di sebalik pengumuman kehamilan kedua penyanyi kesayangan ramai ini.

1Umum Ketika 4 Bulan Ikut Saranan Ustaz

Menurut Siti, dia mengambil nasihat seorang ustaz sama seperti menghami1lkan Aafiyah dahulu yang mana menasihatinya untuk mencukupkan usia kandungan empat bulan sebelum berkongsi pada umum. Ini kerana pada usia ini dipercayai r0h sudah ditiupkan di dalamnya.

2Lancar Video Muzik Kuasa Cintamu

Selepas mengumumkan berita kehamilannya di sebelah petang, Siti turut melancarkan video muzik terbaharunya, Kuasa Cintamu yang kini boleh ditonton secara rasmi di platform YouTube.

Menariknya mengenai video muzik ini, ia bukan sahaja memaparkan kisah perjalanan Siti sejak kecil malah turut menampilkan Aafiyah buat pertama kalinya di dalam mana-mana video muzik penyanyi ini. Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih dari 70 ribu tontonan kurang dari 24 jam sejak dimuatnaik.

3Artis Tempatan Paling Banyak Distrim 2020

Pada hari yang sama, Spotify telah berkongsi Spotify Wrapped 2020 yang mana menyaksikan Siti menjadi artis dengan jumlah penstriman tertinggi sepanjang 2020 sekaligus berjaya mengalahkan K-Clique, Faizal Tahir, YonnyBoii dan Naim Daniel. Untuk rekod, pada tahun 2018 Siti turut mengungguli pencapaian yang sama dan ketika itu sedang menghamilkan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid.

4Lancar Produk Baru

Untuk yang tidak tahu, Siti telah mengumumkan berita keham1ilannya ketika pelancaran produk Beausiti X Wonderlab.

Dalam pelancaran itu, Siti turut ditemani suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa. Dalam majlis itu, Siti telah melancarkan produk Beautessence dan Beaunest selain turut melantik Nabila Razali sebagai duta kempen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai.my

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara