Walaupun perayaan Aidilfitri disambut dalam suasana sederhana saja tahun ini susulan pelaksanaaan PKPB, tapi nikmat dapat berkumpul sesama ahli keluarga sememangnya cukup berharga. Malah sejak Mac lagi, pelbagai challenge viral yang kreatif dan lucu telah disahut oleh rata-rata pengguna laman media sosial. Di samping memanfaatkan masa terluang, aktiviti sebegini juga sekali gus dapat mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dengan anak-anak.
Ibu seronok kenakan anak-anak dalam challenge…habis basah lencun dibuatnya
Samalah seperti sebuah video challenge yang tular melibatkan ibu serta dua orang adik perempuan pengguna Facebook Zukhri Mustapha baru-baru ini. Dalam cabaran berikut, si ibu itu perlu merendam kepala anak-anak yang menepati setiap soalan diajukan. Di samping ‘terkantoi’ perangai masing-masing, kedua-dua gadis itu juga basah lencun gara-gara ‘ditonyoh’ banyak kali dari belakang. Apa yang lebih melucukan, mereka turut seakan-akan ingin membalas perbuatan si ibu yang hanya tersengih sepanjang rakaman.
Comel & lawak semua dalam video ni…mak dia bagus dua-dua pandai & cantik
Biarpun hanya untuk suka-suka, namun gelagat 2 gadis yang ditonjolkan menerusi cabaran ini membuatkan ramai netizen terhibur lebih-lebih lagi apabila tak bersedia untuk direndam. Selain sporting diajak bergurau, si ibu juga dipuji kerana sentiasa memberi jawapan terbaik buat anak-anaknya.
Sumber: Kisahdunia.com
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.