“Walaupun Seringgit, Walaupun Lima Ringgit..” – Ameng Spring Zahir Ucapan Buat Peminat

Tular dalam media sosial, Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin bin Wan Ismail yang hanya mengenakan RM1 buat semua untuk menonton nyanyian nya.

Jam 5 petang semalam dalam halaman FB AVOL, Ameng mendendangkan 2 buah lagu buat semua. Rata rata warganet merindui suara Ameng dan ramai juga yang memberi sumbangan.

Terdahulu dalam Berita Harian:

“Jujurnya, keadaan sekarang sangat mencabar. Saya sudah dalam kategori panik sebab tidak tahu keadaan ini akan berlarutan berapa lama. Adakah ia akan berakhir atau tidak?

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya menerima undangan dalam tempoh empat bulan lalu. Antaranya, menghadiri program dan forum bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kebangsaan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan banyak lagi.

“Dan saya ingatkan sudah selesa, tetapi kes penularan meningkat semula. Apabila PKP dilaksanakan, dari situ, tawaran pekerjaan mula tiada,” katanya kepada BH Online.

Ekoran itu, Ameng berkata, dia mula menceburi diri dalam bidang perniagaan bagi mencari sesuap rezeki.

“Selepas tidak menerima tawaran, saya mula berfikir nak berniaga dalam talian. Saya cuba berniaga susu segera, udang galah beku dan beberapa produk, tetapi tidak menerima maklum balas memberangsangkan. Disebabkan itu, saya berhenti berniaga.

“Kini, saya mula mencari jalan lain. Antara bidang yang cuba diceburi termasuklah mengambil ‘tender’ dan menjadi pembekal untuk syarikat besar. Saya ada memohon menjadi pembekal t’shirt untuk pelatih, tetapi masih dalam proses,” katanya.

Dalam masa sama, Ameng berkata, dia juga berminat untuk mencuba menceburi bidang perniagaan makanan dan kini, sedang mengintai peluang.

“Saya rasa itulah jalan paling selamat. Selain berniaga makanan, saya menjadi pembekal barangan basah seperti ikan, udang dan sebagainya yang boleh menjana pendapatan baik dalam tempoh ini.

“Ini kerana jika mahu nak berniaga produk pun, ramai sudah berniaga, jadi siapa nak jadi pembeli,” katanya.

Jom Lihat Video Dibawah:

RM 1 – Appreciation Gift to Ameng Spring atau nama sebenar nya Wan Aminuddin Bin Wan Ismail (Bank Islam acct :- 14041020740572)

Jom lihat apa kata netizen:

“saya peminat setia spring dr kecil smpi la skrg.. hari2 msti putarkan lagu spring.. sy harap abang tabah menghadapi saat getir ni.. sokongan dr peminat tu yg plg penting.. suara abg tetap maintain sedap dr dlu smpi skrg.”

“Mari sama2 mendoakan agar abang Ameng dan keluarga sentiasa didalam lindungan Allah dan sentiasa dilimpahi rezeki.. Aminn”

“Tq ameng for the best songs ever. Mengimbau kenangan lalu masa remaja. Semoga ameng dimurahkan rezeki. Aamiin.”

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG Ameng Spring

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *