Respon Video Tular Prof Muhaya, Ben Amir Akui Lebih Tertarik Wanita Bijak

Sejak semalam, tular di media sosial berhubung sepotong video melibatkan pakar motivasi yang juga merupakan pakar mata, Prof Muhaya. Walau apa pun, ada juga yang berpendapat Prof hanya silap menggunakan perkataan sahaja. Bagi min rimbabara, kita haruslah sentiasa mendoakan kebaikan pada semua orang, setiap orang pasti akan lakukan kesilapan.

Video berkenaan memaparkan kenyataan Prof Muhaya yang menerangkan mengapa ada wanita yang lambat dapat jodoh.

Bagaimanapun, kenyayaan tersebut itu nyata menimbulkan reaksi ramai pihak yang menyifatkan ia seperti merendah-rendahkan kebolehan kaum wanita.

Antara yang turut memberikan reaksi berhubung isu ini termasuklah pelakon, Ben Amir.

Jelas Ben, sebagai lelaki, dia terbuka seandainya pasangan seorang wanita bijak kerana ia akan membuatkan perhubungan menjadi lebih baik.

“Only weak men fear strong women. Smart and strong women excites me. Push me to be better, out of my comfort zone. Live your dreams and fly high ladies,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Chandelier itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.

Katanya lagi, hanya lelaki yang lemah sahaya akan tergugat dengan kebijaksaan seorang wanita.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju selain turut mendoakan semoga bintang Sweet Dreams itu segera dipertemukan dengan jodoh baik-baik.

Jangan lupa juga pada semua agar sentiasa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter Ben Amir & Carian Google via MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *