Ucap Birthday Pada Ray Tapi Perut Ozlynn Yang Jadi Perhatian

Kemunculan pelakon Ozlynn sewaktu menyampaikan ucapan hari jadi kepada penyampai radia ERA, Ray menjadi perhatian ramai. Menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagrma ERA, suaminya iaitu pelawak Johan dan juga penyampai ERA, Haniff sedang ‘meraikan’ hari jadi Ray secara virtual semasa sesi siaran langsung JoHaRa.

Bagaimanapun, kehadiran Ozlynn yang berada di belakang Johan sambil tersenyum dan melambaikan tangannya kepada Ray menjadi bualan netizen.

Perubahan bentuk badan Ozlynn yang berisi di bahagian perutnya itu mencetuskan tanda tanya netizen. Malah netizen juga sudah mula mengucapkan tahniah dan menyatakan rasa gembira buat pasangan berkenaan.

Lihat Video Dibawah:

Bagaimanapun sehingga kini Ozlynn masih belum memberikan sebarang komen mengenai perkara itu. Ozlynn dan Johan mendirikan rumah tangga pada Julai 2009 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Molieq.

Terdahulu, Ozlynn mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Ahmad Sodiq Hainana, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG Ozlynn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *