Jawapan TMJ Selepas Ramai Yg Ingin Tahu, Rupanya Ini Rahs1a di Sebalik Penampilannya

” Ramai yang mesej bertanya rutin harian dan senaman yang saya lakukan.”

Itu kata-kata Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas ramai tertarik dengan perubahan fizikal beliau yang nampak sangat semulajadi.

Malah penampilan segak dan lebih sihat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sejak kebelakangan ini mengejutkan pengikut setianya terutama di laman sosial.

Justeru ramai tertanya-tanya dan terpegun apakah rahsia di sebalik penampilan kurusnya dan mahu mengikut jejak Tunku Ismail tampil sihat serta bertenaga.

Menerusi perkongsian secara terbuka di laman sosialnya baru-baru ini, Tunku Ismail mengakui berjaya menghilangkan 22 kilogram (kg) berat badan.

Selain mengamalkan pengambilan makanan sihat, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga mengamalkan pelbagai aktiviti bersenam termasuk senaman kardio seperti berlari.

Katanya, setiap pagi beliau akan minum jus buah-buahan dan sayuran untuk menambah tenaga.

” Saya terima banyak mesej bertanya mengenai rutin harian dan senaman yang dilakukan. Saya sudah berjaya hilangkan 22 kg berat badan saya yang kini 68kg.

” Apa paling mustahak adalah pemakanan yang merangkumi 70 hingga 80 peratus dan saya tidak mengambil apa-apa suplemen selain senaman yang konsisten. Setiap pagi saya akan minum jus, sayuran dan buah-buahan,” katanya.

Menurutnya, aktiviti senaman tidak semestinya dilakukan di gimnasium besar, tetapi beliau sebaliknya sekadar menggunakan ruang bilik yang kecil.

” Ramai cakap tiada gimnasium besar dan sebagainya tapi saya hanya guna ruang kecil untuk turunkan 22kg, selain melakukan senaman tidak lebih sejam.

” Saya boleh ajar anda bagaimana menghilangkan berat badan dalam masa 20 minit, tidak perlu dua tiga jam di gimnasium atau lari jarak jauh.

” Saya suka melakukan pelbagai senaman kardio dalam bentuk set, untuk masa satu minit, 20 saat bagi setiap set senaman itu dilakukan,” katanya.

Di samping itu, menerusi perkongsian gambar dan video di laman sosialnya, Tunku Ismail sering bermain bola sepak bagi mengekalkan kecergasan selain untuk membina kepantasan.

Sementara itu, kisah sedih pemergian rakannya yang meninggal pada usia 42 tahun akib4t ser4ngan j4ntung turut menguatkan keazaman Tunku Ismail untuk tampil sihat.

” Saya ada kawan berusia 42 tahun dan rapat dengan saya pergi gim setiap hari dan badan sasa, tapi men1nggal kerana ser4ngan j4ntung, salah satu faktor kerana salah makan. Jadi makanan paling penting selain jalani gaya hidup sihat,” katanya.

TMJ turut menyuarakan impian untuk mempromosikan gaya hidup sihat dengan rakyat Johor pada masa akan datang.

” Satu hari saya akan buka sendiri gimnasium untuk orang awam dan anda semua dapat melakukan senaman. Saya juga akan promosi gaya hidup sihat dan pemakanan untuk bangsa Johor, itu agenda masa depan JDT,” katanya.

Sumber:hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.asiakini.com/

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *