“Tak Pernah Paksa Solat Tapi Selalu Ajak” – Pandai Didik Anak, Ramai Yang Mahu Belajar Cara FarahLee

Personaliti media sosial, Farah Lee mempunyai cara tersendiri mahu mengajar anaknya, Maream mendirikan solat.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Farah memaklumkan dia tidak pernah mem.aksa Maream mendirikan solat tetapi sering mengajaknya.

“Bangun-bangun nak solat subuh dengan omma, lepas to ambik iqra nak baca. Farah tak pernah paksa Maream solat atau baca iqra. Tapi selalu ajak. Sebab saya tahu bila dorang buat sebab nak buat, baru ada ‘hati’.

“Macam iqra ni, baru beberapa kali sahaja dia baca tapi cepat je ingat. Dan Farah terus fokus pada makhraj yang tepat. Solat pun sama, bila dia bersedia dia sendiri akan tanya macam mana nak buat, apa yang harus diungkapkan,” tulisnya.

Tambah Farah lagi, cara itu bukanlah kerana terlalu memanjakan Maream sebaliknya is merupakan satu proses pembelajaran buat anak perempuannya.

“Hari itu masa bulan puasa, dia tiba-tiba nak hafal doa buka puasa. Dia minta Farah tulis dalam rumi atas kertas.

“Sebelum tidur dia baca ulang-ulang, bangun tidur esoknya terus cari kertas to dan hafal lagi. Tak sampai sehari dia terus ingat.

“Hebat kan otak anak-anak bila kita bagi mereka ruang. Dia pun gembira sebab tak dipaksa-paksa, tengking-tengking. Jadi pembelajaran berlaku dengan lebih mudah dan efektif.

“Akan tiba satu tahap umur yang kena bertegas sikit, tetapi belum lagi. Bukan berlembut sangat, apatah lagi memanjakan, tapi sebab is adalah satu proses. Dan rasulullah adalah orang yang terpaling meraikan proses ini,” coretnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji cara Farah mendidik anak selain menyatakan hasrat untuk mempraktikkan cara pembelajaran tersebut.

“Sebab follow kak Farah Lee adalah sebab nka belajar cara kak Farah didik anak. Sebab semua perkara perlu ilmu yang bogus,” tulis @momoland.01

“Selalu semak bagaimana @farahlee_ membesarkan Maream berdasarkan Islamic parenting, terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami,” komen @mugi_laksono

Farah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Ally Iskandar namun berpisah pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel yang berusia 6 tahun 10 bulan.

Sumber : Gempak

“Bila Cakap Pasal Str.uggle Ibu Tunggal, Saya Akan Menangls…”- Farah Lee Akui Penat

Instafamous, Farah Lee dedah bukan mudah menjadi ibu tunggal yang membesarkan anaknya sendiri.

Menurut Farah yang juga bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar itu, dia akui penat dari segi emosi dan mentalnya.

“Kanak-kanak yang membesar dengan ibu atau bapa tunggal biasanya sering mempunyai perasaan yang bercampur baur dan emosinya terganggu.

“]adi membesarkan mereka akan sedikit sukar, terutama apabila kamu sendiri. Dan mereka amat memerlukan kita.

“Biasanya bila cakap pasal struggle single-parenting, saya akan menangls, sebab penat, penat emosi.

“Penat bila usaha kita untuk menyokong emosi dan mental Maream itu hanya berlaku satu hala sahaja,” katanya.

Farah meluahkan perasaannya di akaun Instagram mililknya. Menerusi luahan itu dia akui anaknya Maream Esabel, 7, terlalu bergantung kepadanya dan dalam masa yang sama dia kini sedang sibuk dengan urusan kerja.

Justeru, Farah tidak bergantung kepada sesiapa dan hanya mengharap Allah sebagai tempat bersandar.

“So I have to keep reminding myself to not to put anyone in the equation. Sebab bila ada expectation kepada manusia, kita akan kecewa. Jadi Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar,” jelasnya.

Farah dan Ally berpisah pada 17 Ogos 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel yang berusia tujuh tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: trrendingkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *