“Neelofa Bakal Dapat Baby Kembar?!” -Haris Ismail Kongsi Gambar Awan Diambil Neelofa

Pasangan selebriti sama cantik sama padan, Noor Neelofa dan Haris Ismail sering menjadi perhatin dan buah mulut netizen dek kerana selalu terpalit dengan kontroversi. Bagaimanapun, pasangan ini dilihat begitu tenang dan tidak mudah melatah semasa dilanda musibah bahkan sentiasa kekal positif berkongsi amal kebaikan bersama peminat dan mereka yang memerlukan.

Persoalan biasa yang akan sering ditujukan kepada pasangan baru berumah tangga adalah bila nak ada anak? Ini adalah soalan popular yang akan sering didengari oleh pasangan suami isteri lebih lagi apabila ia melibatkan pasangan selebriti. Itulah yang sedang hangat dibincangkan dalam ruangan komen perkongsian terbaru suami Neelofa, Haris Ismail.

Haris yang merupakan seorang pendakwah bebas berusia 26 tahun itu telah memuat naik sebuah gambar menunjukkan awan mendung bersertakan kapsyen ‘Hope’ telah mendapat perhatian peminat setia pasangan Neelofa dan Haris. Merujuk kepada komen-komen yang ditinggalkan oleh peminat mereka, ramai yang membuat andaian bahawa perkongsian gambar dengan kapsyen seperti itu seakan merujuk kepada harapan menanti kehadiran cahaya mata menyinari hidup dia dan Neelofa.

Bagaimanapun, ada juga yang memberi komen perkongsian harapan daripada Haris tersebut seakan sedang mengalami kegusaran akan sesuatu masalah. Oleh itu,  ramai juga yang meninggalkan komen supaya Haris kekal kuat mengharungi musibah yang melanda dirinya bersama isteri serta keluarga mereka. Ada juga yang sempat menasihati Haris agar sentiasa tabah untuk hadapi dugaan alam perkahwinannya.

Sementara itu, di Instagram Neelofa juga sempat masukkan gambar yang sama di InstaStory miliknya bersertakan tulisan kecil menyatakan sang suami menggunakan gambar yang di ambil oleh dirinya. Oleh itu, ramai peminat pasangan secocok ini merasakan ada berita baik yang bakal dikongsikan oleh mereka.

“Ada orang hijack gambar saya ambik..”

Sebagai rekod, setakat bulan Jun tahun 2021, Neelofa dan Haris terpalit dengan pelbagai kontroversi antaranya ialah kisah nyaris putus tunang, mereka dituduh sudah berkahwin di Kelantan, isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), isu Neelofa dan Haris ke Pulau Langkawi, isu ke Nilai 3 untuk membeli karpet, dakwaan Neelofa tidak memakai pelitup muka di mahkamah dan isu menaiki kenderaan bersama peguam mereka turut dipersoalkan.

Kemudian, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini pula menjadi buah mulut netizen apabila ibunya didakwa menghina Sultan Johor di Instagram (IG) Story peribadinya. Apa pun, kita doakan semoga Neelofa dan Haris serta keluarganya dipermudahkan urusan mereka.

Sumber: Instagram Neelofa dan Haris Ismail

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *