“Setiap Kali Video Call Aafiyah Mesti Sed!h..”- Pengasuh Anak Siti Nurhaliza Selamat Bernikah

Pengasuh anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah iaitu yang dikenali sebagai Dayah Zubit telah pun melangsungkan pernikahannya semalam.

Wanita berusia 25 tahun itu selamat bernikah dengan pemain pasukan bola speak Terengganu FC II (TFC II) iaitu Ridzuan Razali.

Difahamkan majlis yang diadakan dengan penuh sederhana dan hanya dihadiri ahli keluarga itu berlangsung di Sungai Petani, Kedah.

Dayah menerusi akaun Instagram (IG) InstaStory miliknya berkongsi momen gembira itu.

Pun begitu, dalam masa yang sama Dayah turut bersedih apabila mengenangkan Aafiyah yang teruja ingin bersamanya di hari bahagia. Namun tidak berpeluang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Setiap kali VC (video call) dengan Aafiyah mesti sedih sebab dia sangat excited dan setiap kali dia nampak Dayah lepas solat masa doa mesti dia akan datang dan cakap ‘ Aafiyah doakan kakak dengan abang kahwin..Aafiyah doa datang kakak kahwin, kakak beli baju princess kat Aafiyah ok”.’

“Tadi bila dia nampak Dayah pakai dress ni, dia kata ‘Kakak tunggu Aafiyah nak dating, mana baju Aafiyah kakak”, Allahu sed1hnya.

“I’m so sorry my dear princess, nanti ok bila dah boleh buat majlis,” luahnya.

Bagaimana pun Dayah gembira dan berterima kasih kepada Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiawa yang bermurah hati untuk menaja busana pernikahan pasangan berkenaan hasil rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini.

Dayah menjadi pengasuh Aafiyah sejak anak sulung penyanyi tersohor negara itu kecil lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *