Nak keluar ketika total lockd0wn? Ini 14 perkara penting korang perlu tahu sebelum keluar rumah

LEBIH banyak sekatan jalan raya (SJR) akan dilakukan di seluruh negara bermula tengah malam ini berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockd0wn’ bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan 800 SJR sepanjang tempoh dua minggu itu berbanding 600 SJR sebelum ini.

Beliau menjelaskan tujuan SJR itu adalah memutuskan rantai4n jangkit4n c0v1d-19 dan memastikan orang ramai tidak keluar rumah tanpa keperluan mendes4k.

“Kita wujudkan SJR untuk menyekat pergerakan daerah dan pergerakan negeri. SJR bergerak pula untuk mengawal pergerakan lebih radius 10 kilometer.

“Ada laluan-laluan yang akan ditutup terus. Oleh itu, pihak polis akan memeriksa setiap kenderaan dengan lebih teliti termasuk dokumen-dokumen yang dikemukakan.

“Kita tak nafikan akan berlaku kesesakan di SJR dan lokasi-lokasi tertentu, ini tidak dapat dielakkan. Justeru, orang ramai jika tak ada keperluan mendes4k, tangguhkan pergerakan tersebut.

“Beri peluang kepada mereka dalam perkhidmatan perlu untuk melaksanakan tugas mereka. Anda perlu mengatur masa pergerakan masing-masing,” katanya pada sidang media khas, Isnin petang.

Dalam pada itu, Acryl Sani turut memberi nasihat dan peringatan sebelum orang ramai membuat keputusan untuk keluar rumah dan ketika melalui SJR sepanjang tempoh ‘total lockd0wn’:

1. Hanya dua orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian termasuk pemandu.

2. Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan termasuk pesak1t bagi tujuan perub4tan.

3, Tiga orang dibenarkan menaiki sebuah kenderaan e-hailing termasuk pemandu.

4. Pergerakan hanya dalalam radius 10 kilometer atau berdekatan dari lokasi kediaman bagi tujuan membeli barang keperluan dan perubatan serta penjagaan kesihatan.

5. Kes kecem4san dan kem4tian perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

6. Urusan suntik4n v4ksin tidak perlu mendapat kebenaran polis, tetapi perlu menunjukkan bukti janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

7. Semua sektor ekonomi yang dibenar operasi, perlu mendapat surat kebenaran pergerakan baharu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

8. Bagi sektor awam, petugas yang perlu bekerja di pejabat perlu mempunyai surat arahan daripada ketua jabatan.

9. Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan atau tujuan kebajikan perlu melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

10. Bagi pembuktian alamat kediaman, individu boleh menunjukkan bukti menerusi kad pengenalan.

11. Individu juga boleh mengemukakan bil-bil utiliti seperti bil elektrik sebagai bukti sokongan.

12. Pasangan jarak jauh (PJJ) tidak dibenarkan untuk merentas negeri/daerah.

13. Rancang dan atur masa pergerakan masing-masing.

14. Beri kerjasama penuh kepada petugas seperti anggota PDRM ketika sekatan jalan raya bagi mengelak kejadian atau isu berbangkit.

Penuh Kereta Kat Toll, Sekali Catriona Ross ‘sekolahkan’ rakyat Malaysia nak ‘l0ckd0wn’ di kampung

PELAKON Catriona Ross meluahkan rasa mar4h terhadap sikap degil segelintir rakyat Malaysia yang dilihat berduyun-duyun pulang ke kampung sebaik kerajaan mengumumkan ‘total lockd0wn’ pada Jumaat.

Menurut Catriona atau nama sebenarnya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 41, dia tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaannya melihat gambar kesesakan di lebuh raya utama negara seperti yang tul4r pada pagi Sabtu.

“Saya mar4h sangat sebab dah nak menjangkau 16 bulan negara kita berada dalam keadaan begini, kenapa masih ramai lagi yang seolah-olah tidak memahami apa yang terjadi dan diperkatakan?

“Apabila kerajaan umum lockd0wn, setiap kali itu juga keesokannya lebuh raya akan ses4k.

“Dah tiada cara lain sebab itu saya buat video seperti yang dikongsikan di Instagram, saya harap ia sampai ke hati dan menjentik kesedaran semua,” katanya ketika dihubungi mStar.

Perkongsian Catriona

Terdahulu, Catriona memuat naik video di Instagram meluahkan perasaan geram atas sikap sesetengah rakyat Malaysia yang pentingkan diri sebelum lockd0wn bermula di seluruh negara 1 Jun ini.

Catriona berkata dia memahami sekiranya sesetengah daripada mereka benar-benar terdesak mahu pulang ke kampung halaman, namun dia kesal sekiranya ada pihak yang menyalahgunakan kebenaran polis untuk tujuan itu.

“Saya tahu memang ada yang dapat surat kebenaran daripada polis, MITI, saya faham itu… tapi yang jadi persoalan saya m4ti ke kalau you all tangguhkan sekejap nak balik ke kampung tu, macam you seorang sahaja yang ada isteri di kampung.

Lepas saya post video itu, saya banyak dapat mesej daripada doktor dan nurse yang ucap terima kasih kerana meluahkan apa yang mereka rasa selama ini.

“Apa lagi dalam keadaan sekarang tiga varian yang dah ada di negara kita. Saya yakin dalam ramai-ramai yang bersesak nak balik ke kampung tu mungkin tanpa sedar mereka sendiri jadi ‘carrier’ c0v1d-19 sebab varian sekarang memang tidak ada simptom.

“Walaupun mereka yakin tiada apa-apa, kemungkinan itu tetap ada sebab kita ada Kluster Aidilfitri pun disebabkan perkara macam inilah apabila ramai berduyun-duyun balik kampung masa hari raya dua minggu lalu,” ujarnya.

Highway ses4k sebaik kerajaan umumkan total lockd0wn.

Dalam pada itu, Catriona juga tidak menyangka video yang dikongsikannya itu turut mendapat perhatian para doktor dan petugas barisan hadapan (frontliners) yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menghasilkan video kesedaran tersebut.

“Lepas saya post video itu, saya banyak dapat mesej daripada doktor dan nurse yang ucap terima kasih kerana meluahkan apa yang mereka rasa selama ini.

“Kesianlah pada mereka yang dah penat berkorban untuk kita semua… mereka cerita kalau dah pakai PPE (pakaian perlindungan diri), memang tak boleh kalau nak buang air pun mereka kena tahan sampai habis syif dengan berpeluh-peluh lagi.

“Sedih saya dengar cerita mereka… takkanlah kita nak tambahkan lagi angka kes c0v1d-19 negara kita,” katanya lagi.

Catriona berkata sekarang bukan masanya untuk rakyat Malaysia menuding jari meletakkan kesalahan kepada satu-satu pihak sebaliknya lihat pada diri sendiri terlebih dahulu sama ada kita adalah rakyat yang bertanggungjawab ataupun tidak.

“Sekarang kita semua kena tengok pada diri sendiri, tak perlu saling nak tuding jari pada mana-mana pihak.

“Kalau ada selebriti buat salah, anda kecam mereka macam hari dah nak kiam4t. Saya cakap ini bukan sebab nak bela golongan artis, sebab bagi saya yang mana salah tetap salah.

“Cumanya sekarang, saya harap kita jadilah rakyat yang bertanggungjawab… kalau anda tak nak ahli keluarga meninggal dunia kerana c0v1d, please just stay at home,” luahnya.

Kerajaan pada Jumaat mengumumkan total lockd0wn selama dua minggu bermula 1 Jun ini bagi mengekang penul4ran c0v1d-19 yang sudah pun mencecah jumlah kes tertinggi dalam negara iaitu sebanyak 9,020 pada Sabtu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *