“Siapa Nak Tengok Saya Kat Kubvr?” Fauziah Nawi Berdoa Ny4wa Tak Dic4but Ketika Musim COV!D-19

Menjengah usia 68 tahun bulan hadapan, seniwati, Fauziah Nawi sangat khuatir dengan situasi COV!D-19 yang melanda negara ketika ini.

Kes harian COV!D-19 yang kini menghampiri lima angka turut menyebabkan beliau rasa mar4h susulan sifat penting diri sesetengah pihak yang tidak mahu menerima suntik4n v4ksin.

“Ini untuk lindungi diri kita. Kerajaan sudah tolong dan lindungi kita, kita pula tak mahu dicucuk.

“Sesiapa yang 18 tahun ke atas tolonglah pergi (ambil) v4ksin termasuk mereka yang sudah dapat tarikh temu janji, pergilah,” rayu primadona tersohor itu dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Sabtu.

Berkongsi suara hatinya, kekec3waan Fauziah tambah berganda apabila mendengar berita ramai rakyat di negeri kelahirannya, Perak tidak hadir temu janji v4ksin yang ditetapkan.

“Kenapa dengan orang Perak ini? Sampai 10,000 orang tak datang. Sudah dapat temu janji, pergilah.

“Kamu semua ini tak percaya ke COV1D-19 ini membvnuh? Kalau satu rumah dah dij4ngkiti, baru nak menyes4l.

“”Berdoalah supaya tidak ada apa yang serius berlaku kerana kalau meninggal dunia sekali pun, tiada siapa boleh ziarah kita,” ujarnya dalam nada merintih.

Bagaimanapun, bekas juruhebah radio itu tidak menolak kemungkina segelintir daripada individu yang tidak hadir proses vaksinasi mempunyai alasan yang munasabah seperti tidak mempunyai pengangkutan, tidak tahu tarikh temu janji atau tiada wang untuk ke pusat pemberian v4ksin (PPV)

“Saya pun kalau tak ada orang tolong daftar, saya pun tak reti sebab saya ini buta IT (teknologi maklumat)… saya ini sudah 68 tahun.

“Makcik, pakcik yang lain (tidak hadir v4ksin) itu pun mungkin ada masalah yang sama. Anak-anak mungkin tak ada atau tidak tolong, tinggal jauh. Nak buat macam mana?

“Cuba KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) pula pergi jumpa mereka. Hari ini buat di kampung ini, esok kampung lain. Buatlah dekat dewan orang ramai. Apa salahnya?” Fauziah memberi pendapat.

Pelakon filem Sayang Salmah itu bakal menerima dos pertama v4ksin COV1D-19 pada 2 Jun ini.

Bimbang dan gusar dengan perkembangan semasa pand3mik itu, dalam doanya setiap masa, aktivis teater itu memohon kepada Allah agar beliau dijauhi daripada wab4k tersebut.

“Ya Allah ya tuhanku, kalau Kau nak cabut nyawa aku, janganlah musim COV1D-19 ini. Bukan apa, takut tengok.

“Siapa nak tengok saya dekat kubvr? Tengok saya buat kali terakhir…. adik-beradik tak boleh tengok.

“Kalau (meninggal dunia) disebabkan COV1D-19, tayamum sahaja, tak dimandikan, tayamum sahaja. Berbungkus sahaja la,” katanya dalam nada seb4k.

Sumber:Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *