Subhnallah, Amy Search Dulu Digelar ‘Raja Rockers’, Kini Pemilik Sebuah Sek0lah Tahfiz

Siapa yang tak kenal penyanyi r0ck terkenal Malaysia, Amy Search? Tahukah anda Amy kini pemilik sekolah tahfiz? Allahuakbar! Anda yang membesar pada awal tahun 90-an pasti pernah mendengar lagu Isabela. Ya, lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan rock asal Malaysia, Search. Pada zaman itu, lagu ini amat terkenal. Jadi, apa khabar dengan vokalis penyanyi Isabela sekarang?

Amy Search atau nama penuhnya Suhaimi Abdul Rahman, kini sudah tidak lagi aktif dalam dunia hiburan. Beliau sudah berubah jalan hidupnya dan memperdalam ilmu agama. Kini Amy dikatakan memiliki sekolah tahfiz. Awal perubahan penyanyi Isabela itu dilihat selesai melaksanakan umrah pada tahun 2007. Saat itu beliau sedang berjaya dalam kerjaya muziknya. Sepulang dari tanah suci, perlahan-lahan beliau mengubah cara hidupnya. Amy juga mulai membuka restoran halal masakan cina Cheng Ho.

Amy juga mulai mendekati penyanyi islamik dalam kerjayanya. Beliau bekerjasama membuat album islamik bersama salah satu band di Malaysia. Kini Amy sedang mewujudkan mimpinya membangun sekolah Tahfiz. Beliau sangat bersyukur saat sekolah yang beliau bangunkan telah mendapat kebenaran dari pemerintah Malaysia.

“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka yang kini saya memiliki sebuah sekolah tahfiz, perkara yang saya idam-idamkan selama ini,” ujarnya.

sumber: Islam Pos 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://sinetronmalaya.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *