Sultan Johor sekali lagi bertitah untuk kerajaan jika k3s masih lagi tidak menunjukkan penurunan. Ini yang patut kerajaan lakukan

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggesa seluruh lapisan masyarakat agar komited melaksanakan saranan kawalan kendiri yang dilihat penting dalam usaha memutuskan rantaian ja.ngkitan C.ovid-19.

Baginda bertitah, hal itu kerana jumlah kes positif yang dilaporkan hari ini iaitu lebih 7,400 merupakan satu angka yang amat membimbangkan.

Titah baginda, virus itu tidak bergerak akan tetapi ia disebarkan melalui pergerakan orang ramai.

“Kita bukan hanya perlu berdisiplin untuk tidak keluar rumah, tetapi, kita juga perlu ada kesedaran bahawa tindakan keluar ke tempat awam mahupun ke rumah jiran sahaja akan menyebabkan kita terj.angkit atau kita sendiri menjadi pembawa dan menjangkiti orang lain.

“Jangan pentingkan diri sendiri, fikirlah juga orang lain,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) seperti yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah agar kerajaan mempertimbang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh jika angka Co.vid-19 tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan.

“Biar kita telan ubat yang pahit sekarang daripada menanggung s.akit yang mel.arat dan berterusan,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa simpati kepada petugas barisan hadapan khususnya kakitangan per.ubatan yang menanggung bebanan dan tanggungjawab besar akibat v.irus itu.

“Kepenatan dan kegelisahan mereka jelas kelihatan, namun, mereka tetap menjalankan tugas sebaik mungkin. Ingat, bukan C.ovid-19 sahaja penyakit yang perlu mereka tangani.

“Kasihanilah mereka. Kita semua harus bersatu memainkan peranan untuk mengurangkan beban mereka dan putuskan rantaian jan.gkitan demi kebaikan kita semua,” titah baginda.

Sementara itu, baginda turut menyeru golongan berkemampuan untuk menghulurkan bantuan dalam apa bentuk sekalipun kepada individu yang terkesan dengan pandemik Co.vid-19 ini. -UTUSAN ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: UTUSAN ONLINE via updatenew-48

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *