Saksi aj4l di depan mata, seseorang ded4h lelaki berkain pelikat dalam video tular tak lena tidur – “Mengalir air mata m4ngsa, seolah-olah tahu akan pergi selamanya”

PENULARAN video memaparkan sekumpulan petugas kesihatan sedang memberi r.awatan kec.emasan kepada pes.akit C.ovid-19 yang sedang n.azak ternyata mengundang perhatian ramai.

Video yang did.akwa dirakam pada Sabtu di Pusat Kuarantin dan R.awatan Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang, Selangor itu sehingga kini meraih lebih dua juta tontonan di TikTok.

Menurut wanita dikenali sebagai Bibi Oni, 40, anak saudaranya merupakan salah seorang pes.akit C.ovid-19 yang turut menjadi s.aksi kejadian itu.

“Kalau tengok video tu, yang pakai kain pelikat merupakan anak saudara saya. Dia sudah tiga ke empat hari menerima r.awatan di sana.

“Sebenarnya video tu pun ada viral di tempat lain. Tapi saya juga ada dapat video sama, anak saudara hantar dalam grup WhatsApp keluarga.

“Jadi saya kongsi di TikTok untuk bagi kesedaran kepada semua. Saya tiada niat nak viral pun,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Bibi, ejen pelancongan yang kini menjalankan bisnes roti di Kuala Kangsar, Perak itu mendedahkan sudah empat ahli keluarganya dija.ngkiti wabak berkenaan.

Terbaharu, kakaknya yang berusia 47 tahun serta anak saudara dikenali sebagai Syakirin, 26, sedang menerima r.awatan di Maeps selepas dij.angkiti w.abak itu di Kampung Batu Muda Tambahan, Kuala Lumpur yang baru sahaja dikenakan perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 5 Jun depan.

“Anak saya pernah kena C.ovid-19 pada Mac, anak saudara juga kena di sebuah kilang sarung tangan. Terbaharu, kakak dan anaknya yang juga anak saudara saya dit.ahan di Maeps.

Kata Bibi, sehingga kini empat ahli keluarganya dij.angkiti wabak itu. (Gambar Hiasan).

“Anak saudara saya, Syakirin masih terkesan selepas dia tengok sendiri kem.atian salah seorang pes.akit di depan matanya.

“Dia belum bersedia untuk ditemubual. Dia cuma update kami melalui WhatsApp. Dia kata, m.angsa mengalir air mata, seolah-olah tahu dia akan pergi buat selamanya.

Kalau tak kena pada diri atau keluarga sendiri, memang susah percaya.

BIBI

“Masa tengah diberi bantuan pernafasan (CPR), anak saudara tengok telefon m.angsa tak berhenti berbunyi.

“Anak saudara saya masih terkesan, tak boleh nak tidur sebab tr.auma,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Bibi turut memberi nasihat kepada masyarakat di luar sana agar terus menjaga diri dan sentiasa berhati-hati.

“Saya nasihatkan orang di luar sana hati-hati. C.ovid-19 memang real, bukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) nak t.ipu.

“Kalau tak kena pada diri atau keluarga sendiri, memang susah percaya. Tapi percayalah ia wujud.

“Dalam keadaan macam ni, saya minta anak saudara serta kakak saya di Maeps agar selalu update. Kami pun tak lena tidur,” ujarnya lagi.

Menurut pernyataan pada dua video berbeza yang tular, p.esakit yang diberi r.awatan di atas lantai sebelum m.eninggal dunia merupakan seorang pengawal keselamatan.

D.akwa individu yang meninggalkan komen di TikTok, ibu kepada pengawal keselematan itu turut menyusul dan m.eninggal d.unia tidak lama kemudian, juga kerana C.ovid-19.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *