“Janganlah suka mengec4m mereka yang berniqab…” -Nurul Zahid

Datuk Nurul Zahid meminta wargamaya berhenti menghentam golongan wanita yang berniqab berhubung isu purdah dan pelitup separuh muka.

Menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram Nurul turut menunjukkan tutorial pemakaian pelitup separuh muka bersama niqab.

Kata Nurul dia percaya selama ini ramai yang berniqab memakai pelitup separuh muka sebagai perlindungan diri.

“Sebenarnya tiada masalah orang berniqab nak pakai mask di sebelah dalam pun. Kita ada cara untuk memakai mask secara kemas.

“Selama ini pun saya percaya ramai yang pakai niqab memang buat self-protection. Actually, kita lagi senang nak ikut arahan daripada mereka yang lain.

“Arahan daripada Allah, Insyaallah kita patuh. Tetapi janganlah suka-suka mengecam mereka yang berniqab atau berpurdah,” katanya.

Tambah Nurul lagi, tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk memberi mendidik dan memberi kesedaran tentang pemakaian pelitup separuh muka jika berniqab.

“Saya Cuma mahu educate mereka di luar sana sebenarnya tiada masalah untuk orang berniqab pakai mask.

“Saya harap mereka yang berniqab di luar sana jangan sedih-sedih, jangan rasa down teruskan istiqomah dengan niqab,” katanya.

Dalam pada itu Nurul sempat berseloroh sekiranya ada yang menegur bentuk hidung masih kelihatan walaupun sudah memakai pelitup separuh muka dan niqab.

“Kalau orang cakap, eh dia tak nampak macam pakai mask pun…Dah hidung mancung nak buat macam mana?

“Kalau hidung penyek pun nampak bentuk hidung, dah memang nampak sebab material niqab memang lembut. Kita tak pakai material macam jeans dekat muka,” katanya.

Nurul berkata, pesanan dan peringatan tersebut turut ditujukan kepada dirinya sendiri sebagai peringatan.

“To all the niqabis jangan sedih-sedih, jangan rasa down teruskan istiqomah. InsyaAllah, kita jaga apa yang Allah perintah dan Allah akan jaga kita.

“Peringatan ini adalah untuk diri saya sendiri juga, teruskan istiqomah dan kuatkan diri,” katanya

Sumber :Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *