PM Akhirnya Umum Semua PKP di seluruh negara.. Ini tarikh mula..

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan c0v1d-19.

Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan c0v1d-19 hari ini.

Terdahulu PM pernah beritahu tidak bercadang untuk buat PKP di semua negara. Tapi nampaknya keadaan semakin membimbangkan

Kerajaan tidak bercadang laksana PKP menyeluruh – Muhyiddin

Melalui laporan bulan lepas, Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, PKP hanya dilaksanakan di lokasi tertentu yang menjadi kawasan dengan peningkatan mendadak kes penularan pand3mik.

“PKP bersasar hanya untuk memastikan penular4n c0v1d-19 dapat dikawal, gangguan perniagaan dapat diminimumkan dan kemampanan ekonomi dapat dicapai,” katanya berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pihak Industri di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalannya, Datuk Lim Ban Hong.

Muhyiddin berkata, beliau memberi jaminan kerajaan akan menerapkan langkah sesuai untuk mencapai keseimbangan antara melindungi nyawa dan kehidupan rakyat yang terjejas dengan C0VID-19.

Katanya, kerajaan akan melakukan apa yang perlu untuk menghidupkan semula ekonomi dan mengembalikan pekerjaan kepada rakyat.

“Seperti yang dikatakan, saya harus mengakui dan menghargai peranan penting diambil sektor swasta dalam memerangi wabak ini terutama ketika PKP,” katanya.

Menuju ke hadapan, Perdana Menteri berharap komuniti perniagaan termasuk individu akan terus melaksanakan peranan penting dalam mengurus dan membendung wabak kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

“Justeru, saya sekali lagi menekankan peranan industri adalah penting untuk mencapai matlamat bersama bagi melindungi nyawa dan kehidupan,” katanya.

Kredit : Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *