“Aliff Syukri Minta Maaf Pada A.Aida,” Sanggup Ganti Rvgi Asal Tak Bes4rkan Isu

“Saya ada empat, lima kali hubungi dia untuk maklumkan, tapi tak dapat, tiba-tiba dah viral.”

Menafikan ianya satu pencerobohan, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan perkara sebenar berkenaan isu menjalani penggambaran tanpa izin di rumah rehat penerbit drama, Datuk A.Aida.

Menurut Aliff, pihaknya telah meminta kebenaran daripada kakitangan homestay berkenaan sebelum memulakan penggambaran video muzik (mv) di sana. Namun, timbul salah faham antara Aida dan pihaknya seperti yang dilaporkan portal Mstar.

“Kakitangan tu kata boleh, tapi mungkin ada salah faham, boleh tu boleh sh0oting tapi tak boleh masuk dalam rumah.”

Bagi Aliff, kumpulan mereka seramai 20 orang bukanlah menceroboh sebaliknya hanya menjalankan penggambaran di rumah A.Aida yang tidak sampai 0.1 peratus pun dari keseluruhan muzik video.

“Ya, kami dah shoot di tepi beranda, kami tak ceroboh rumah pun dan tak guna elektrik, tak masuk tandas pun.”

Bagaimanapun, Aliff dengan rendah hati memohon maaf kepada penerbit drama tersebut atas salah faham yang berlaku. Malahan dia sanggup membayar ganti rugi jika ada sebarang kerugian daripada persinggahan mereka sebelum ini.

“Saya pun tak sangka benda ni berlaku. Saya mohon maaf kepada A.Aida dan mohon perkara ini tidak dibesar-besarkan.”

Aliff sudah pun memohon maaf. Jadi kita tunggu sahaja apa komen A.Aida.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Cari via MV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *