“Sejujurnya Orang Sus4h Nak Dekat, Tak Tahulah Mereka Takvt Atau Apa,” – Rita Nadira Mahu Fokus Lakonan, Tak Terlalu Fikir Cinta

Pelakon Rita Nadira meng4kui dirinya mahu lebih fokus dalam dunia lakonan selepas ini dan memilih untuk tidak terlalu memikirkan soal teman hidup.

Malah Rita, 24, secara sel0roh meng4kui dia jarang didekati lelaki mungkin kerana personaliti dan fizikalnya.

Rita berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran drama Tak Sempurna Mencintaimu Januari lalu.

“Tahun 2021 ini saya pasang azam untuk kerja lebih ker4s, sebelum ini mungkin kita macam main-main.

“Seiring dengan peningkatan usia dan sudah alang-alang terjun dalam dunia lakonan, jadi kena cuba dan fokus.

“Sejujurnya orang sus4h nak dekat dengan saya, tak tahulah mereka takvt atau apa. Memang tidak ada.

“Ada yang cakap mungkin kerana wajah saya yang nampak gar4ng, atau mungkin terlalu tinggi.

“Saya pun tidaklah kisah sangat untuk bercinta dalam tempoh terdekat. Saya bukan jenis yang kalau tidak ada pasangan, tak boleh hidup. Kalau ada, adalah. Cuma janganlah putus,” katanya.

Adik kepada model terkenal, Rita Suraya ini turut mended4hkan dia sudah gembira kerana mempunyai keluarga di sisi pada ketika ini.

“Saya seorang yang lebih utamakan keluarga. Kalau ada ibu saya, saya sudah okay. Ada keluarga, ada rakan baik pun sudah memadai buat masa sekarang. Boleh isi masa bersama mereka,” katanya.

Ditanya mengenai sejauhmana pembabitan dirinya sebagai model, Rita mengakui lebih senang untuk beri lebih komitmen dalam dunia lakonan.

“Disebabkan situasi sekarang, peragaan itu agak perlahan. Jadi saya fokus dengan berlakon, tambahan pula ia memerlukan komitmen yang tinggi dan tidak menentu.

“Kualiti lakonannya pun kenalah jaga juga. Apa pun saya masih lagi buat modeling kalau ada tawaran.

“Memang saya sayangkan bidang tersebut dan sejujurnya, ia lebih mudah berbanding lakonan. Tinggal lagi kena jaga karektor atau mood sesebuah jenama yang dibawa,” katanya lagi.

Terdahulu, Rita mulai disebut-sebut selepas muncul menerusi drama Tak Sempurna Mencintaimu mendukung watak sebagai Melissa. Drama bersiri 28 episod itu telah pun melabuhkan tirainya pada Selasa.

Foto: Instagram Rita Nadira

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MediaHiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *