Langg4r SOP, Akhirnya Ini Hvkuman Yang Neelofa Kena

KUALA LUMPUR: Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tindakan mengenakan kompaun yang tidak dibenarkan diskaun terhadap Neelofa kerana melakukan dua kesalahan, manakala Haris atau dikenali PU Riz hanya satu kesalahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata kesalahan pertama Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah mereka berlangsung.

Katanya, pasangan suami isteri itu juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis.

Neelofa dikenakan kompaun RM20,000 kerana melanggar SOP majlis sosial dan kebenaran tujuan rentas negeri. Sementara, suaminya, Muhammad Harris dikenakan kompaun RM10,000 sahaja kerana langgar kebenaran rentas negeri

Neelofa dahagakan publisiti?

SAUDARA PENGARANG,

PERCUTIAN selebriti popular Neelofa dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd. Ismail atau lebih dikenali PU Riz ke Langkawi yang didakwa menggunakan alasan kerja untuk merentas negeri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kehilangan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sehingga sukar dikesan oleh pihak berkuasa hanya sekadar publisiti murahan.

Setiap tindak-tanduk mereka termasuk memuat naik video di laman sosial hanya sekadar meraih jumlah penonton bagi tujuan publisiti atau promosi secara percuma. Oleh kerana itu, Neelofa membuat naik status: “Bertenang semua di luar sana, tak launch lagi free marketing dah gegar satu negara. Syukur rezeki Allah atur. Sekarang berjuta orang tahu outlet saya akan dibuka di Langkawi.”

TANGKAP layar Instagram Neelofa yang mengundang kemarahan orang ramai.

Jelas daripada kenyataan itu, dia sengaja mewujudkan ‘bahan berita’ yang sudah pastinya mencetuskan kem4rahan ramai sehingga mendapat liputan luas dalam kalangan pengamal media.

Sumber: limauasamboi.pw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *