Kongsi Foto Sehari Selepas Bersalin, Netizen Terkejut Melihat Kecantikan CP Khaleeda Tidak Seperti Wanita Berp4ntang

Alhamdulillah, selamat melahirkan cahaya mata ke-4 pada tanggal 21 April 2021, isteri kepada Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail (TMJ) iaitu Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam berkongsi kegembiraan melalui pengumuman rasmi di laman Instagram miliknya.

Dikurniakan bayi perempuan yang diberi nama Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail, Che Puan juga memilih untuk bersalin di hospital kerajaan iaitu Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Walaupun baharu sahaja melahirkan cahaya mata ke-4, Che Puan tampak berseri dan manis menerusi foto keluarga yang dikongsikan :

Meninjau di ruangan komen, ramai yang membanjiri ruangan tersebut dengan ucapan tahniah, akan tetapi apa yang menarik perhatian adalah ramai yang terpesona dengan kecantikan Che Puan selepas bersalin, seperti tidak berubah apa-apa!

Lihat reaksi-reaksi pengikut Che Puan di Instagram :

Memang betul cantik lah, harap-harap nanti Che Puan boleh kongsikan tip untuk kekal cantik selepas bersalin!

Apa-apa pun tahniah dari kami di Hot FM, tak sabar nak tengok wajah comel bayi Che Puan dan Tunku.

Sumber : Instagram Che Puan Khaleeda

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: www.hotfm.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *