“Tidak Wajar & Mem4lukan!” – Isu Pelajar Dip4ksa C4lit Kem4luan, Ini Respon Mufti!

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita meminta pandangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung isu yang agak sensitif.

Wanita tersebut mahukan penjelasan mengenai isu sesetengah sekolah yang memaksa pelajar perempuan membuktikan yang mereka datang ‘bulan’ atau h.aid.

Menurutnya, ada sekolah yang did.akwa tergamak mencalit kem.aluan pelajar dan darah itu kemudian ditunjukkan kepada pengawas atau guru.

Perkara tersebut dibuat setiap kali pelajar memberi alasan mereka tidak dapat bersolat.

Luahan wanita tersebut yang di buat menerusi platform di Twitter kemudian membuka ruang kepada ramai pihak yang turut meluahkan pengalaman mereka sebelum ini.

Pengakuan itu sekali gus mengejutkan ramai pihak mengenai kewujudan amalan terk.utuk ini.

“Saya pernah hadapi kes sama di sekolah.”

“Saya ingat saya seorang je yang pernah kena, rupanya sekolah lain pun sama ya.”

“Ya Allah, serius lah benda macam ni berlaku dekat sekolah? betul ke ni” luah beberapa netizen.

Sementara itu menerusi laporan Malaysia Kini, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor menjelaskan sesiapa pun tidak wajar memalukan seseorang dengan memeriksa bahagian sulit individu tersebut.

Menurut Wan Salim, setiap orang mempunyai maruah diri yang wajib dihormati oleh orang lain, termasuklah hak menutup bahagian-bahagian sulit tubuh mereka daripada dilihat oleh orang lain.

“Agama Islam melarang keras umatnya melihat aurat orang lain walaupun dengan alasan untuk melaksanakan kewajipan yang dituntut seperti untuk menghalang seorang pelajar perempuan daripada berdalih untuk meninggalkan kewajipan solat,” katanya.

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *