Ramai Datang Ziarah, Men4ngis Teres4k, Anak Lelaki ‘Terg4mam’ Dengar Kisah Kebaikan Arw4h Abu Bakar Omar

Hari Jumaat lalu, industri seni tanah air kehilangan insan yang cukup berbakat dalam bidang lakonan iaitu Allahyarham Haji Abu Bakar Omar. Difahamkan, arw.ah meningga.l dunia disebabkan oleh s.akit jantung dan mengh.idap beberapa lagi peny.akit termasuk kolestrol dan masalah usus.

Kehilangan arw.ah Abu Bakar Omar sangat meninggalkan kesan terutamanya buat insan yang rapat dengannya iaitu ahli keluarga sendiri. Anak lelakinya iaitu Mohd Zainuddin Abu Bakar menceritakan segala peristiwa yang berlaku selepas acara pengeb.umian ar.wah. Sebaknya…

Tenang bapak persis tidur

Zainuddin sebagai salah seorang anak paling rapat dan mengenali ayahnya bongkar kisah yang tidak pernah diduga. Malah, dia turut cemburu dengan pemergian ayahnya di hari Jumaat pada bulan Ramadan ini. Katanya, sewaktu menguruskan je.nazah, ar.wah kelihatan lembut dan seolah sedang tidur. Tiada sebarang kotoran pun yang keluar dari tubuh je.nazah ketika dimandikan.

Bapak… Aku rasa akulah orang yang paling kenal bapak. Rupanya aku salah, banyak rahsia bapak yang hanya timbul selepas bapak kembali ke dakapan rahmat Allah. Aku kenal bapak aku dari sisi bukan seorang bapak, sama seperti kalian kenal.

Anak wayang yang mengisi ceritera nusa dan bangsa, dipuji, dic.erca, dim.arah, disayangi kesan watak yang diberikan. Ant.agonis watak yang terlalu sinonim zaman mudanya. Anak pasar borong yang dipenuhi dengan pelbagai ragam dan rasa hingga beliau digelar Bakaq Bolong. Mengambil tanggungjawab menjaga keluarga seawal usia darjah tiga. Membantu tok wan di pasar borong. Namun hakikat bapak jauh dari itu.

Allah jemput di penghulu segala hari dalam penghulu segala bulan. Jumaat pertama Ramadhan dalam fasa Rahmat Allah. Bapak dimandi dan dikafankan oleh kami semua anak-anaknya, malah lebih dari itu. Anak-anak yang menumpang kasih beliau sebagai bapa. Sangat mudah diuruskan. Jenazah yang sangat lembut, tenang bapak persis tidur. Tiada kotoran yang keluar dari badan bapak tika istinjak dan dimandikan.

Seolah tahu masanya tiba

Tambahnya lagi, sehari sebelum arwah Abu Bakar Omar menghembuskan nafas terakhir, dia telah meminta cucunya untuk rapikan diri dan meninggalkan pesan buat anaknya untuk mencari pasangan hidup supaya boleh menemani ibu. Ketika di hari penge.bumian jen.azah, ramai yang tidak dikenali datang berkunjung dan melawat. Tidak cukup dengan itu, ramai juga yang menelefon berceritakan tentang kebaikan ar.wah semasa di dunia.

Bapak seolah tahu masanya telah tiba. Diminta cucu sulung untuk rapikan dirinya beberapa hari sebelum itu. Di pesan kepada adikku mencari pasangan buat peneman bonda. Itulah pesannya berulang kali hingga hari terakhir. Bapak tunggu sehingga semua kami adik-beradik sampai. Barulah bapak meninggalkan kami dalam keadaan sangat tenang, persis tidur gayanya.

Jen.azah diuruskan dengan teratur dan lancar sekali. Ribuan doa pengampunan dan kebaikan dibacakan untuk bapak dari khalayak yang tidak pernah bapak kenali mereka. Tak kurang juga ramai yang mengatakan bahawa ia adalah kem.atian yang dicemburui.

Sungguh bapak, aku cembu.ru lihat bapak disayangi orang luar. Ramai yang menghubungiku secara peribadi menceritakan baiknya bapak dalam membantu mereka yang aku tak pernah tahu pun. Dari masjid hingga marhaen biasa menceritakan kepadaku apa yang dikau bantu mereka.

Ramai tidak dikenali datang

Lebih menyayat hati, selepas acara pengebumian selesai, Zainuddin terserempak dengan satu keluarga yang tidak dikenalinya datang berkunjung di tanah perkuburan. Mereka turut menceritakan ar.wah Abu Bakar Omar sering membantu keluarga itu dan sudah menganggap ar.wah sebagai ayah angkat mereka.

Seorang ibu kem.atian dua orang anak yang tak pernah dikau kenali dengan hati yang sangat tulus tanpa sebarang kepentingan sekadar memaklumkan kepadaku bahawa beliau membaca setiap hari hampir ratusan kali Surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas didoakan khusus untuk anak-anaknya dan bermula dari saat kematianmu. Secara khusus ibu ini memasukkan sekali namamu bapak akan dilakukan sepanjang hayatnya. Itulah bicara janjinya dengan ku.

Ratusan yang hadir solat jena.zahmu. Sebahagian besarnya bukan dari orang yang kami kenali. Bukan juga teman-teman lakonanmu tapi jelata yang sangat menyayangimu. Tanah kubur kelompok keluarga kita yang lazimnya sangat berselut umpama sawah bergenang air dalamnya tapi Allah takdirkan untuk persemadianmu itu tanahnya merah lembut tanpa setitis air yang sangat sempurna liangnya.

Usai ziarah pusaramu pada hari berikutnya, aku terserempak dengan satu keluarga yang teresak nan.gisnya bertanyakan di mana kub.urmu tanpa kenali siapa aku. Mereka menceritakan betapa bapak telah sangat membantu hidup mereka hinggakan mereka mengaku bahawa bapak adalah ayah angkat mereka. Sungguh aku tidak pernah kenal mereka.

Sumber: Mohd Zainuddin Abu Bakar via ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *