Azan Maghrib 3 Minit Awal, Masjid Di Gombak Mohon Maaf… Ini Status Puasa Jemaah Mengikut Pandangan Ulama

SEPANJANG bulan Ramadan, azan Maghrib menjadi detik yang paling ditunggu-tunggu kerana ia menandakan masuknya waktu untuk berbuka puasa.

Pada Isnin lalu, pihak Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor tersil4p melaungkan azan tiga minit lebih awal sebelum waktu yang sebenar.

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak pentadbir masjid berkenaan turut memohon maaf atas kesil4pan itu.

Menurut Nazir masjid, Wan Nawawi, kesil4pan berpunca akibat mas4lah teknikal pada paparan digital waktu azan di rumah ibadah itu.

“Assalamualaikum. Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak memohon maaf atas kesil4pan kami melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Isnin, 7 Ramadhan 1442 atau 19 April 2021 disebabkan oleh mas4lah teknikal paparan digital waktu azan di masjid,” ujarnya.

Ujar beliau, pandangan jumhur ulama menyatakan puasa mereka yang terlibat dalam ins1den itu terb4tal dan ia perlu diganti semula.

“Jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan puan telah terb4tal pada hari tersebut dan perlu dig4nti atau diqada.

Pandangan jumhur ulama’ menyatakan puasa mereka yang terlibat dalam ins1den itu terb4tal dan ia perlu diganti semula.

“Begitulah pandangan jumhur ulama dalam kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama Hambali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqada.

“Sekali lagi kami mohon maaf dan InsyaAllah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” ujar beliau dalam kenyataan itu.

Sementara itu, rata-rata pelayar Facebook khususnya menerusi page Asal Gombak turut menceritakan pengalaman mereka yang terlibat dalam ins1den berkenaan.

“Ya saya perasan juga pada waktu itu. Masih ditempat niaga (pasar malam Sri Gombak) memang akan dengar azan Maghrib seakan cepat daripada biasa.

“InsyaAllah ganti puasa bersama sunat Syawal, Isnin dan Khamis. Triple pahala.

“Untuk mengelakkan keadaan sebegini berlaku lagi, orang ramai perlu lebih cakna bila masuknya waktu solat sekaligus waktu berbuka di kawasan masing-masing,” tulis netizen.

Sumber: mStar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *