Jen4zah Abu Bakar Omar selamat dikebvmikan. Ini pesanan arw4h selalu dia pesan kepada anak cucu

Alor Setar: Jenaz4h pelakon veteran Abu Bakar Omar, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkub.uran Islam Akar Pe.luru, Jalan Pegawai di sini, 5.40 petang hari ini.

Terdahulu, jenaz4h Abu Bakar dibawa ke masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai untuk disembahyangkan oleh kira-kira 300 jemaah termasuk ahli keluarga, saudara mara, peminat dan penduduk sekitar sebelum solat Asar.

Anaknya, Afandi,43, berkata, pem3rgian bapanya sangat dirasai oleh ahli keluarga berikutan dia tidak pernah menunjukkan gejala s4kit kr0nik kecuali merasa letih sejak kelmarin.

“Arw4h bapa pergi dengan tenang sekali. Semasa hayatnya dia selalu menasihati kami agar tidak berbuat z4lim dengan orang dan sentiasa menyanyangi orang tua.

“Ada pepatah yang arw4h pegang iaitu menang tak sentiasa tenang, mengalah tak sentiasa kalah, pepatah inilah yang selalu dia pesan kepada anak cucu,” katanya ketika ditemui di pekarangan tanah perkubur4n berkenaan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini berkata, bapanya tidak lagi aktif berlakon lebih lima tahun lalu berikutan tidak mahu menyus4hkan orang lain.

Katanya ini kerana arw4h bapa sudah terbiasa dengan rutin sendiri selepas berehat daripada dunia lakonan.

“Memang ada tawaran berlakon untuk bapa tapi bapa menol4k kerana tidak mahu sus4hkan orang lain, setiap pagi selepas solat subuh dia akan membaca al-Quran sebelum tidur sebentar,” katanya.

Abu Bakar menghemb.uskan n4fas ter4khir dipercayai mas4lah j4ntung dan hati di Kedah Medical Centre (KMC), di sini, 9.04 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Faridah Manaf, 66, empat anak dan 15 cucu.

Sementara itu, bagi sahabat baik Allahyarham, Harun Hassan,62, berkata, dia mengenali arw4h sejak kecil dan menyifatkan arwah seorang yang pemurah.

Katanya arwah tidak pernah somb0ng biarpun sudah bergelar pelakon.

ISTERI Allahyarham Abu Bakar, Faridah Manaf (tengah) di Tanah Perkubvran Islam Akar Peluru. FOTO Luqman Hakim Zubir

“Setiap kali saya pergi ke Kuala Lumpur, saya hanya akan tidur di rumahnya, dia selalu belanja saya dan tak pernah mengeluarkan duit poket sendiri apabila berada di sana.

“Saya dah anggap dia macam abang sendiri, susah nak cari kawan baik seperti Allahyarham,”katanya yang tinggal di Lorong Wan Mat Saman, di sini.

‘Sebelum ini arw4h okay saja’ – anak Allahyarham Abu Bakar Omar

Alor Setar: “Bapa pergi dengan mudah dalam keadaan tidur,” kata anak ketiga pelakon veteran, Allahyarham Abu Bakar Omar iaitu Afandi Abu Bakar mengenai pemergian pelakon legenda itu hari ini.

Afandi ketika dihubungi berkata, pemergian bapanya disifatkan mengejut kerana pelakon filem Hingga Hujung Nyawa dan Fenomena itu tidak menghid4p sebarang peny4kit kr0nik.

“Sebelum ini kesihatan bapa okay saja, tapi biasalah orang tua akan cepat penat. Nak dijadikan cerita, semalam selepas sahur dia tidur. Waktu Zuhur dia bangun untuk solat dan selepas itu tidur semula. Waktu Asar pun sama juga.

“Waktu nak berbuka baru dia bangun. Ketika itu saya perasan wajahnya sembab. Saya pun ajak ke hospital, tapi dia tak mahu. Dia kata mengantuk dan nak tidur tapi saya bawa juga,” katanya.

Afandi berkata, ketika di hospital doktor memaklumkan bapanya boleh bersembang seperti biasa sedangkan kadar oksig3n dalam badannya sikit.

Katanya, doktor kemudian memberikan oksigen dan barulah kadar oksig3n dalam tubuh Abu Bakar normal kembali.

“Dalam masa sama, doktor turut memaklumkan bapa akan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan,” katanya kepada Harian Metro.

Afandi berkata, jam 12 tengah malam tadi suasana menjadi kelam-kabut apabila dia dimaklumkan bapanya perlu menjalani pemeriksaan jantung.

“Ketika itu saya duduk menunggu di luar. Saya juga hairan kenapa dia tidak dimasukkan ke ICU lagi. Kemudian, suasana menjadi agak kelam-kabut dan doktor maklumkan kena buat MRI dan panggil pakar jantung.

“Dalam jam 1 pagi tadi, doktor maklumkan bapa saya sudah tidak ada harapan. Saya terkejut sebab sebelum itu okay saja. Saya fikir mungkin kesan dari peny4kit tua. Saya tidak mahu fikir perkara lain. Bapa tidak ada sejarah peny4kit j4ntung. Dia cuma pernah ada masal4h tiroid dan kol3strol. Selain itu tidak ada.

“Apabila dimaklumkan doktor yang bapa sudah tidak ada harapan, ketika itu dia sedang tidur. Pagi tadi, doktor tanya nak buat bantuan pernafasan atau tidak, kami cakap tidak perlu. Sebab sudah ajalnya dan dia pergi pun dipermudahkan,” katanya.

Dalam masa sama, Afandi berkata, bapanya yang berpuasa dari hari pertama lagi tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

“Ramadan kali ini dia cakap nak hantar juadah moreh di masjid banyak kali. Kalau sebelum ini ikut urutan rumah. Tanda pelik lain memang tidak ada, sebab bapa memang macam biasa saja. Sebab itu kami dalam keadaan terperanjat,” katanya.

Allahyarham disahkan meningg4l dunia akibat keg4galan j4ntung di Pusat Perubatan Kedah, Alor Setar, Kedah jam 9.05 pagi, hari ini.

Jenazah disempurnakan di kediamannya di Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang sebelum disembahyangkan di Masjid Al Ghufran dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

Sumber: Trndingsgt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *