“S0lat Pun Buat M4in Ke..?” – Kongsi Video TikTok ‘D0ne Terawih’, Netizen Pertik4ikan Fikry Ibrahim Permainkan Solat

Bulan Ramdhan telah kunjung tiba, semua umat islam diwajibkan berpuasa bagi memenuhi rukun islam. Ramai yang berkongsi pelbagai jenis juadah berbuka, solat terawih, sahur dan moreh.

Termasuklah seorang pelakon lelaki Fikry Ibrahim ada memuatnaik satu video Tiktok dilaman instagram menunjukkan gelagat sesetengah umat islam bila dah kenyang berbuka dan bila tiba waktu solat terawih semua dah macam mengantuklah dan pelbagai ragam.

VIDEO:

Siapa sangka video yang dikongsi beliau mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang sesetengah menganggap itu sebagai pempersendakan solat.

KOMEN NETIZEN:

Difahamkan, Fikry memuat naik video yang menunjukkan situasi di mana dia hampir ‘terlelap’ ketika menunaikan solat terawih di masjid.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar, namun dek kerana terlalu penat bekerja kadang kala kita juga boleh ‘terlelap’ seketika semasa menunaikan solat.

Walaupun begitu, meninjau di ruangan komen ada juga segelintir daripada netizen yang pernah mengalami pengalaman dan nasib yang sama seperti Fikry.

Isu ‘terlelap’ ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh dikawal. Apabila mental kita penat, secara saintifiknya badan kita akan turut lemah sekali.

KOMEN NETIZEN :

Meskipun Fikry dianggap mempermainkan solat oleh segelintir pengikutnya, namun jika dipandang dari sudut yang positif, tindakan Fikry ini boleh dilihat seperti memberi pengajaran kepada kita untuk menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Kadang kala apabila kita terlalu penat, kita tidak akan sedar dengan apa yang berlaku di sekitar kita. Oleh itu, sebagai sesama umat Islam, janganlah kita terus mengecam tanpa berfikir daripada luar kotak.

Ketibaan bulan Ramadan sangat dinanti-nantikan buat umat Islam yang mahu mengejar amal ibadah dan berbuat kebaikan lebih di bulan yang mulia ini seperti memperbanyakkan amalan bersedekah, mengaji, solat sunat terawih dan lain-lain lagi. Namun begitu, kesihatan diri juga haruslah menjadi keutamaan.

Misalnya, jika kita tidak mampu untuk menunaikan solat sunat terawih 20 rakaat penuh, kita boleh buat 8 rakaat sahaja. Ingat ya..jangan seksa diri sendiri. Kalau boleh rehat dahulu di rumah kemudian tunaikan solat sunat terawih di rumah saja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber : instagram @fikryibrahim Via MV / HotFM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *