Tul4r Foto Disangka Sudah Bertunang? Ini Pengakuan Ibu Ismail Izzani

Tidak semena-mena, tersebar foto pasangan kekasih, Ismail Izzani dan Shalma Eliana yang did.akwa bertunang, lantas menjadi topik hangat netizen, sejak beberapa hari lalu.

Terjerat dengan spekulasi itu, Instagram (IG) Ismail dan Shalma masing-masing dihujani ucapan tahniah daripada pengikut termasuk artis.

Bagaimanapun, ibu Ismail, penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam tampil menjelaskan perkara sebenar.

Foto: IG

“Ismail dan Shalma belum bertunang. Foto itu dirakam pada majlis resepsi anak sulung saya, Nur Izzati Zainal di sebuah hotel di ibu negara, Rabu lalu.

“Nur Izzati bernikah pada 13 Mac lalu. Tidak sangka, disebabkan foto itu, ramai menyangka Ismail dan Shalma sudah bertunang,” katanya kepada BH Online.

Suliza berkata, pada majlis resepsi itu, Ismail turut mendendangkan beberapa lagu untuk kakaknya.

“Kakaknya sudah berkahwin, sekarang tinggal Ismail dan kakak keduanya, Nur Falahi yang belum berumah tangga,” katanya.

Suliza tidak menghalang jika anak bongsunya itu bernikah pada usia muda.

“Saya okay dan 100 peratus sokong. Saya doakan apa yang mereka rancang dan impikan diizinkan Allah.

“Pokok pangkalnya pilihan hati masing masing. Saya senang dengan Shalma yang sangat baik dan faham anak saya. Shalma juga ringkas orangnya.

“Keluarga Shalma baik dan menerima anak saya seadanya,” katanya.

Sementara itu, Shalma ketika dihubungi mengaku pelik disangka sudah bertunang dengan Ismail.

“Saya dan Ismail tidak sangka foto itu disalah tafsir sebagai sudah bertunang. Keterangan pada foto juga sangat umum.

“Kami hanya mengabadikan kenangan pada majlis resepsi kakak Ismail. Apa-apa pun berdoa dan setiap perkara baik, kami aminkan,” katanya.

Ismail dan Shalma berkenalan sejak 2014 dan mula rapat empat tahun kemudian.

Sumber: Berita Harian via cari

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *