Lagi Berapa Hari Sebelum Majlis, Harris Alif Dan Intan Ladyana ‘B0cor’ Rahsia Masing-Masing..

Umum kini sudah mengetahui bahawa pelakon Intan Ladyana dan penyanyi Harris Alif bakal mendirikan rumah tangga pada 6 Februari akan datang.

Kisah cinta mereka ini menjadi perhatian ramai disebabkan perbezaan usia yang sangat jauh iaitu 17 tahun.

Namun itu tidak membuatkan pasangan ini putus asa dalam bercinta, malah memandang hubungan mereka ini perlu ke peringkat yang seterusnya.

Dalam meniti hari ke majlis pernikahan, Harris telah memuat naik satu video ringkas menunjukkan mereka berdua saling ‘memb0corkan’ rahsia masing-masing di laman YouTube berdurasi selama 6 minit.

Video tersebut diberi tajuk ‘The Wedding Shoe Game‘ yang mana mereka diberi beberapa soalan dan perlu menjawabnya dengan menunjukkan kasut sendiri atau pasangan.

Nampaknya di dalam video tersebut kita dapat ketahui bahawa Harris merupakan seorang jejaka yang sangat matang walaupun baru berusia 22 tahun.

Antara soalan yang menunjukkan kematangan dalam dirinya ialah Harris merupakan orang pertama yang memulakan langkah dalam hubungan mereka, beliau juga yang mengucapkan kata-kata cinta dan menunjukkan sikap romantik!

Siapa cakap lelaki muda ni tak matang, Harris ini antara lelaki muda yang matang sebelum usianya tau.

Apa pun, tahniah kepada Intan dan Harris, semoga urusan mereka berdua dipermudahkan!

Kredit video dan foto: YouTube channel Harris Alif dan Instagram Harris Alif

Sumber: https://www.hotfm.com.my/hotupdate-menghitung-hari-sebelum-majlis-harris-alif-dan-intan-ladyana-bocor-rahsia-masing-masing/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *