Budak 5 tahun naik ambulans seorang diri, ini keadaan terkini dia

Ketika ambulans sampai untuk mengambil anak perempuannya, Nur Saffiya di rumahnya di Sepang malam tadi, hati Ira Hazwani tidak tenteram.

Baru berusia lima tahun, Saffiya disahkan positif Cov1d-19, sedangkan ibu dan adik perempuannya tidak dij4ngkiti virvs berkenaan.

“Semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ambil Safiyya, saya tak dapat ikut untuk hantar dia.

“Kalau saya ikut, saya perlu bawa anak yang kecil sekali. Ini akan mer1sikokan anak kedua saya yang baru berusia tiga tahun,” kata Ira Hazwani kepada Malaysiakini hari ini.

Saffiya dipercayai mendapat v1rus itu daripada ayahnya, yang disahkan positif selepas disaring di tempat kerja.

Ayahnya, Muhammad Ifwan ditempatkan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Setelah Saffiya disahkan positif, Ira Hazwani berkata KKM memindahkan suaminya ke Hospital Kuala Lumpur, supaya dia dan Saffiya dapat bersama.

Meskipun tahu Saffiya akan tinggal bersama ayahnya, Ira Hazwani tetap ris4u untuk melepaskan anak perempuannya itu ke hospital menaiki ambulans seorang diri.

“Perasaan saya memang s3dih dan risau, sebab dia baru umur lima tahun, kena pergi seorang-seorang naik ambulans. Takut tak jumpa ayah dia dekat sana.

“Tapi bila tanya dia, ‘Kakak okay ke naik ambulans seorang-seorang? Mama tak ada’

“Dia jawab, ‘Kakak okay. Kakak nak jumpa ayah. Nak peluk ayah.

“Sekarang dia dah bersama ayah dia,” kata Ira Hazwani.

Dalam satu video yang dirakam Ira Hazwani, Saffiya kelihatan tenang dan bersemangat ketika mengucapkan selamat tinggal.

Satu lagi video yang dirakam Muhammad Ifwan selepas itu pula, menunjukkan Saffiya teruja apabila dapat bertemu dengan ayahnya.

Ira Hazwani mengucapkan rasa terima kasih buat KKM kerana membantu Saffiya untuk diwadkan bersama Muhammad Ifwan.

“Terima kasih sangat pada KKM yang sangat-sangat bertoleransi dalam situasi kami ini, dan dapat satukan wad anak dan suami,” katanya lagi.

Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak n4ngis, pesan dekat ibu jaga diri

Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Sumber: http://trendingsangat.pw/budak-5-tahun-naik-ambulans-seorang-diri-ini-keadaan-terkini-dia/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *