Timang Cahaya Mata Pertama, Zahirah Macwilson Selamat L4hirkan Bayi Lelaki

Pelakon Zahirah MacWilson telah selamat bersalin cahaya mata sulung pada 5 Januari lalu.

Berkongsi khabar gembira itu di Instagram, kata Zahirah, 26, bayi lelaki itu dilahirkan pada pukul 2.26 waktu tempatan Australia.

“Hadiah paling bermakna yang pernah diterima. Alhamdulillah pada 5 Januari 2021 lahirnya putera sulung kami pada pukul 2.26 petang.

“Kami sangat tervja dan gembira dengan segala pengalaman dari bilik bersalin hingga bergelar ibu dan bapa.

“Perjalanan ini merupakan kebahagiaan terindah dan kami tak sabar untuk berkongsi setiap detik itu bersama kalian,” tulis Zahirah.

Komen rakan artis dan peminat:

Zahirah dan Aiman telah pulang ke Perth, Australia pada Oktober 2020 bagi menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka di sana.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *