Selepas Kec0h buang s4ka dalam sungai, sekali ini tindakan akan diambil JPJ Kelantan..

MEDIA sosial gempar apabila video memaparkan seorang wanita membuang bungkusan plastik ke dalam sungai daripada kenderaannya ketika berhenti di atas sebuah jambatan di Kelantan tular pada Selasa.

Malah, pelbagai kata-kata kec4man dilemparkan kepada pemilik kenderaan itu sehingga timbul pula satu kisah lain yang dikaitkan dengan s4ka.

Menerusi penjelasan di media sosial, mereka mend4kwa baru sahaja pulang menjalani rawatan tradisional di Kuala Krai dan diminta membuang barang s4ka ke dalam sungai.

Pada Rabu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan memaklumkan mereka telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik kenderaan itu.

Menurut JPJ, mereka telah mengeluarkan satu notis temu si4sat di bawah seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik kenderaan itu.

“Membuang s4mpah daripada kenderaan bermotor adalah satu kes4lahan yang boleh did4kwa di bawah kaedah 52 kaedah-kaedah lalu lintas jalan 1959.

“Jika disabitkan kes4lahan, hukvman boleh dikenakan terhadap pelaku di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa dend4 tidak melebihi RM2,000 atau dipenj4rakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

“Jika sabitan kes4lahan kedua, didend4 tidak melebihi RM4,000 atau dipenj4ra tidak melebihi dua bulan penj4ra atau kedua-duanya,” ujar kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, JPJ turut menggesa agar masyarakat tidak melakukan perbuatan sebegitu yang bukan sahaja mencem4rkan alam sekitra, malah turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Terdahulu, video berdurasi 20 saat itu meraih perhatian ramai sehingga mereka menerima pelbagai kec4man di media sosial.

Jenuh kena hent4m akhirnya keluarga wanita di jambatan tampil… bukan s4mpah tapi s4ka! – “Nak buang ada cara, bukan main lempar”

SEJAK Selasa, media sosial kecoh dengan perkongsian klip video memaparkan tindakan seorang wanita yang yang selamba membuang bungkusan plastik daripada kenderaannya ketika berhenti di atas sebuah jambatan di Kelantan.

Menerusi video berdurasi 20 saat yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya, ia memaparkan wanita berkenaan yang ‘menjenguk’ keluar daripada tingkap keretanya, dan melemparkan dua bungkusan daripada jambatan, dipercayai di Kelantan.

Video berkenaan yang dimuat naik di Facebook kemudian menjadi tular dengan rata-rata netizen mengec4m tindakan wanita berkenaan dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai ‘tiada kesedaran sivik’.

Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai mem4lukan rakyat negeri Kelantan, merujuk kepada nombor pendaftaran kenderaan dinaikinya yang menggunakan plat ‘D’.

Netizen berpendapat tindakan seperti itulah yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai sekaligus dikaitkan dengan bencana banjir yang sering kali membawa bersama s4mpah sarap dan plastik.

Bagaimanapun selepas mendapat kec4man hebat di media sosial, keluarga berkenaan tampil membuat penjelasan berhubung video tular berkenaan.

Menerusi satu posting di Kelantan Daily, pentadbir laman Facebook berkenaan memaklumkan bahawa keluarga wanita berkenaan memaklumkan bahawa barang yang dibuang bukanlah s4mpah seperti yang diviralkan.

Penjelasan yang dimuat naik di Facebook Kelantan Daily.

“Sebenarnya mereka baru balik dari berubat di Kuala Krai. Mereka disuruh oleh perawat tradisional supaya membuang barang saka ke dalam arus sungai yang mengalir.

“Jadi itu sebablah kenapa mereka membuang bungkusan itu ke dalam sungai. Mohon semua pihak tolong hentikan menyebar dan memaki hamun keluarga itu. Kasihanilah mereka, ia menyebabkan pesakit tu menangis dan kemurungan. Harap puak-puak kita boleh faham situasi yang mereka alami,” demikian tulis pentadbir laman berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan kewajaran berbuat demikian apatah lagi dalam situasi kenderaan yang sedang bergerak.

Antara komen netizen yang mempersoalkan kewajaran tindakan wanita berkenaan membuang daripada atas jambatan, meskipun ia barang perubatan.

“Nak buang ada cara dia, bukan main lempar macam tu. Buang depan orang ramai, banyak kereta pula tu. Benda boleh fikir kot sebelum buang macam tu,” komen seorang netizen.

“Berhenti biar molek (elok-elok), kenapa tak turun ke bawah? Orang sekarang kisahkan pencemaran, dia sibuk nak buang dalam sungai,” komen netizen lain pula.

“Cara buang tak elok. Sepatutnya berhenti la tepi dulu, baru buang,” kata seorang netizen lagi.

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *