Masyarakat Mula Sedar Betapa Kaya Azwan Ali Apabila Berjaya Membayar RM17,000 Tanpa Gagal

Pengacara, Azwan Ali, 54, menyifatkan 2020 adalah tahun yang paling mencabar apabila did3nda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memuat naik video mengh1ina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan pandemik CoVlD-l9 pada Mac, tahun lalu.

Kongsi, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu, ia adalah ujian terbesarnya dan banyak yang dipelajari daripada peristiwa berkenaan.

“2020 adalah tahun yang penuh bala dan teruk pada saya. Saya masih ingat dan takkan lupa, Jumaat, jam 12.55 tengahari pada 27 Mac, tahun lalu. Saya diperintahkan Mahkamah Seksyen membayar d3nda sebanyak RM17,000 dalam masa tiga jam.

“Sekiranya saya gagal menjelaskan denda, saya boleh dipenj4rakan. Itu adalah dugaan yang paling besar bagi Azwan Ali dalam 2020,” katanya kepada BH Online.

Foto: IG

Walau bagaimanapun, Azwan berkata, di sebalik episod hitam itu ada hikmah yang tersembunyi.

“Antara hikmah besarnya, saya tidak lagi menerima kec4man yang sering membanjiri laman sosial, hingga hari ini.

“Banyak hikmah diperoleh daripada kejadian berkenaan. Antaranya, masyarakat membuka mata dan mula sedar betapa ‘kaya’ Azwan Ali apabila berjaya membayar RM17,000 tanpa gagal.

“Dan satu lagi hikmah paling besar adalah saya dapat kembali 10 kali ganda daripada bayaran denda yang dikenakan. Bayangkanlah sendiri berapa jumlahnya. Allah maha kaya, ambil sesuatu dan pulangkan berganda.

“Jadi, macam mana pun saya tetap bersyukur melalui kejadian berkenaan. Lebih manis, 2020 juga saya menerima banyak tawaran pengacaraan dan lakonan. Antaranya, membintangi drama Diva Popular bersama Erma Fatima,” katanya.

Katanya, dia amat terharu apabila kali pertama diberi peluang berlakon bersama pengarah dan pelakon yang popular menerusi watak Mak Cun itu.

“Ini adalah kali pertama saya diberi peluang berlakon dengan Erma. Saya tak pernah bekerja dengan Erma sepanjang tiga dekad berada dalam industri seni. Insya-Allah, saya akan memberikan lakonan yang terbaik menerusi drama Diva Popular arahan Rashid Sibir itu.

“Alhamdulillah, tamat sahaja program realiti, Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2), tawaran lakonan pula masuk. Jujurnya, hujung 2020 ini saya menerima banyak tawaran dan ia membuktikan LCK2 bukanlah penamat.

“Antaranya, saya menerima tawaran berlakon bersama Ziana Zain menerusi drama Madam E-Wallet, kemudian bersama Datin Seri Umie Aida dan Rita Rudaini menerusi drama Shah Alam 40000.

“Saya mengharapkan 2021 akan lebih menyerlah selepas sekian lama menyepi. Saya berharap akan terus diterima. Doakan yang terbaik untuk saya, apatah lagi, usia menginjak 55 tahun, tahun ini. Ia juga bermakna genap 33 tahun saya berada dalam industri hiburan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *