Jangan Kata Cik B Derh4ka! Hak Jagaan Anak2 Datuk Seri Vida Akhirnya Terjawab

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida meluahkan rasa syukur apabila hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya berpihak kepadanya.

Menurut Vida, dia juga lega kes tersebut tidak berpanjangan dan menganggu em0si anak-anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen, 16, atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Eric Zaquan (Kacak), 14.

“Alhamdulillah, hak penjagaan hadanah dapat pada saya dan kes ini tidak dipanjang-panjangkan atas budi bicara hakim.

Saya harap lepas ini jangan pula ada yang cakap Cik B dan Kacak derh4ka pula (sebab tidak mahu jumpa bapa).

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN KOSMETIK

“Hakim sendiri yang bertanyakan kepada Cik B dan Kacak dan memang saya tidak pernah menghalang untuk mereka berhubung dengan bapa mereka.

“Saya sangat lega kerana keputusan ini tidak mengganggu em0si anak-anak. Saya harap lepas ini jangan pula ada yang cakap Cik B dan Kacak derh4ka pula (sebab tidak mahu jumpa bapa).

“Yang bercakap memang sedap, tapi yang menghadapinya kami,” katanya.

Kali terakhir Mohd Amin jumpa anak-anak pada Mei 2018. Foto: Malaysiakini

Terdahulu pada pagi Isnin, Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan membuat keputusan mengenai tuntutan hak penjagaan anak ahli perniagaan itu yang difailkan oleh bekas suami, Mohd Amin Yasin pada November lalu.

Menerusi keputusan tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan bekas suaminya untuk tidak mengganggu kedua-dua remaja itu sekiranya mereka belum bersedia untuk berhubung dengan bapa mereka.

Vida turut menambah, dia tidak berniat untuk memutuskan hubungan hubungan di antara bapa dan anak, namun disebabkan konflik yang pernah melanda keluarga menyebabkan dia terpaksa melindungi anak-anaknya.

“Cik B dan Kacak boleh hubungi ayah mereka, bukan sebaliknya. Saya tak nak putuskan silaturrahim tapi anak-anak sendiri yang belum bersedia untuk berjumpa dengan ayah mereka atas sebab-sebab tertentu,” ujarnya.

Sementara itu, Cik B berkata, dia dan Kacak akan menghubungi bapa sekiranya mereka sudah bersedia.

“Saya rasa lega kes ini sudah berakhir dan kalau saya dah bersedia, saya sendiri akan call ayah,” katanya.

Datuk Seri Vida lega keputusan tidak menjejaskan emosi anak-anak.

Pada 3 November lalu, Mohd Amin yang juga seorang peniaga diwakili peguam Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadanah iaitu hak lawatan, bermesra dan bermalam bersama anak-anak.

Mohd Amin sebelum ini menyatakan kali terakhir dia bertemu dengan anak-anaknya pada Mei 2018.

Mohd Amin berkahwin dengan Vida pada tahun 2000 dan bercer4i pada 2008.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata, namun anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah di Ipoh, Perak pada 3 Ogos 2013.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *