Tak sabar nak dapat kaki baharu, hari-hari doa.. Permintaan si kecil ini buat netiizan s4yu..

JIKA hati tidak kuat, bukan mudah sebenarnya berdepan dugaan apabila anak yang dikasihi dilahirkan t4npa kedua kaki selain berdepan masalah jantung.

Bagi Azlindahani Othman, dirinya perlu kuat selepas doktor mengesahkan anaknya yang dikandung tujuh bulan itu mengalami mas4lah Multiple Conginet4l Anom4lies, sumb1ng dan hanya ada satu buah pingg4ng sahaja.

Pernah disarankan untuk menggvgurkan kandungan kerana komplik4si tersebut, namun wanita itu percaya dengan kuasa ALLAH dengan rezeki yang diberikan, ibu berusia 38 tahun ini enggan membuat demikian dan mahu menjaganya zuriatnya.

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan keimanannya, kini usia Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf atau mesra disapa Cami itu sudahpun mencecah sembilan tahun dan menjadi seorang anak yang kuat, sihat dan mudah dijaga.

Rajin berkongsi perkembangan terkini anak bongsunya itu dalam akaun Facebook dan blog, membuatkan ramai netiizan seb4k lebih-lebih lagi melihat semangat si kecil tersebut yang rajin belajar dan solat

“Masa ulang tahun kelahiran pada 5 Oktober lalu, saya ada tanya Cami nak hadiah apa…mulanya saya tak faham, rupa-rupanya dia nak sama tinggi macam abangnya. Rupa-rupanya dia nak kaki sempurna.

” Hanya ALLAH saja yang tahu perasaan saya ketika itu, saya hanya boleh pujuk dia dan kata kepadanya, di syurga nanti apa yang Cami minta semuanya dapat termasuklah kaki untuk Cami buat berlari dan berjalan,” kongsinya seb4k.

Akui berdepan al4han t3ruk ketika awal kandungan dan banyak menghabiskan masa berehat di bilik sepanjang kandungan tidak membuatkan ibu kepada Syed Nabil Syarifuddin, 13, ini mengeluh.

” Saya percaya dengan rezeki dan ketentuan ALLAH. Selagi nyawa dik4ndung badan, saya akan jaga Cami dan Nabil dengan sepenuh kasih sayang. Alhamdulillah rezeki ALLAH itu luas.

” Cami tidak sabar nak dapat kaki baharu selepas ada sebuah syarikat ingin membantu menyumbang alat sokongan. Doakan ya semuanya dipermudahkan,” katanya yang turut berkongsi berita gembira itu dalam Facebook.

Rata-rata warganet yang mengikuti perkembangan si kecil itu tidak putus-putus menitipkan doa supaya semua yang diusahakan berjaya.

Tidak kurang juga ramai yang memberikan kata-kata semangat dan dorongan positif buat keluarga itu yang berusaha yang terbaik untuk anak istimewa mereka.

Sesungguhnya setiap ujian ALLAH itu ada hikmahnya. Semoga adik Cami terus kuat berjuang dan menjadi anak yang soleh untuk keluarganya.

Moga kita dapat contohi semangat juang adik ini untuk meneruskan hidup. #janganputusasamalaysia

Sumber: Sinarplus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *