Kritik sampai menangis, pengs4n

PENYANYI Baby Shima mempertahankan tindakan Mas Idayu melontarkan komen pedas dan bersikap garang ketika menjadi juri program realiti televisyen.

Pernah menerima teguran yang sama semasa menyertai sebuah pertandingan nyanyian di Indonesia, Shima berkata krit1ikan Mas Idayu itu membuka matanya untuk memperbaiki kesilapan dan menjadi seorang anak seni berkualiti.

“Ada nampak mummy happy? Alhamdulilah… sampai bila-bila Shima akan ingat. Terima kasih mummy (nama panggilan Mas Idayu). Shima ambil semua krit1ikan mummy secara positif kerana bagi Shima ia teguran membina dan Shima belajar dari kesilapan.

“Kriti1kan mummy memang pedas tapi berisi… setiap orang mempunyai cara berbeza takkan mummy nak jadi orang lain yang bukan diri mummy.

“Kalau ada yang tak setuju dengan cara mummy biarkanlah mereka mummy kerana teguran mummy juga telah membuka jalan yang lebih luas untuk Shima baik di Indonesia mahupun Malaysia,” katanya menerusi Instagram.

Perkongsian Baby Shima di Instagram menarik perhatian pengikut.

Menerusi laporan mStar pada Selasa lalu, Mas Idayu memberitahu dia selesa memberikan komen secara tegas bertujuan mengajar seseorang penyanyi baharu.

Malah, juri tetap Lagu Cinta Kita 2 ini berkata, dia tidak kisah jika cara itu membuatkan dirinya dibenci sehingga menerima kecaman penonton program berkenaan.

Kena krit1ik, kena mar4h, kalau salah tetap salah… peserta sampai menangis, pengs4n itu perkara biasa, belajar dan terus belajar.

BABY SHIMA

PENYANYI

Bagaimanapun tindakan Mas Idayu ini menimbulkan rasa kurang senang segelintir penonton dan beberapa selebriti tanah air.

Sementara itu, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini berkata komen yang dilontarkan oleh Mas Idayu dalam program berkenaan tidaklah seteruk yang diberikan semasa dia menyertai program di Indonesia.

Baby Shima terima teguran Mas Idayu dengan hati terbuka.

“Bagi Shima adalah perkara biasa bila menonton program nyanyian di televisyen Indonesia terutama Dangdut Academy Asia (DAA) dan Liga Dangdut.

“Kena kritik, kena marah, kalau salah tetap salah… peserta sampai menangis, pengsan itu perkara biasa, belajar dan terus belajar.

“Setakat mummy tegur kat program TV Malaysia ni bagi Shima tak adalah pedas pun… biasa saja! Sekali lagi terima kasih untuk mummy kerana teguran, kritikan dan ajaran itu lah mematangkan dan menguatkan Shima lagi.

“Shima akan sentiasa ingat mummy. I love you mummy!” ujarnya yang pernah menyertai DAA3 di Indonesia pada tahun 2017.

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *