Tak sempat beraksi, Melisha meningg4l dunia

BELUM sempat nak beraksi di pentas Indonesian Idol 2021, salah seorang peserta daripada Top 35 program tersebut iaitu Melisha Sidabutar dilaporkan meningg4l dunia pada Selasa.

Memetik laporan Tribunnews, berita sedih tersebut disampaikan oleh rakan arw4h bernama Ellysia Belinda menerusi laman Instastory miliknya.

Gadis berusia 19 tahun itu dipercayai meningg4l dunia akibat masalah jantung bengk4k.

Menerusi Instagram program realiti itu pada Rabu turut mengesahkan kehilangan seorang penyanyi berbakat yang disifatkan seorang berjiwa mulia.

Beautiful soul never forgotten. Keluarga besar Indonesian Idol turut berduka cita atas pemergian Melisha Sidabutar, peserta Top 35 #IdolSpecialSeason. Bersemadilah dengan tenang,” tulis di perkongsian itu.

Rossa turut berdvka dengan pemergiaan Melisha.

Difahamkan, Allahyarham Melisha mengalami ses4k nafas sejak Ahad namun menolak untuk dibawa ke hospital kerana bimbang dengan penul4ran C0vi1d-19.

Bagaimanapun ibu bapa Melisha tetap membawanya ke hospital selepas keadaan arw4h semakin lemah.

Selebriti Indonesia terkenal iaitu Rossa turut meluahkan rasa sedih dengan pemergiaan Melisha dengan memuat naik foto peserta itu di Instagram miliknya.

Penyertaan Melisha dalam program bakat nyanyian terbesar di Indonesia itu menjadi perbualan ramai disebabkan dia antara peserta yang cukup memberi saingan.

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *